Sunday, February 6, 2011

My Balik Pulau

My Balik Pulau.  Aku menjadi penduduk tetapmu pada tahun 1996, walaupun telah menjejakan kaki ke Pulau Mutiara sejak tahun 1983. Tak payah cerita panjang bab ini. Memilih  Balik Pulau sebagai tempat tinggal kerana ia adalah satu tempat apa kita hendak "semua dapat". Dapat yang dimaksudkan ialah menikmati segala keindahan alam anugerah Illahi semuanya berada disekeliling. Untuk ke rumah Allah pula, MasyaAllah semuanya berada disekeliling. Terdapat 12 Mukim di Balik Pulau, jarak antara satu masjid dengan masjid lain paling jauh ialah 1 km dan paling dekat 300 meter sahaja.(kalau ada masa saya akan muatkan dalam blog ini setiap mesjid yang ada di balik pulau)

Menyambung kembali keindahan anugerah Illahi ialah dari sudut pemandangannya, hal ini tidak dapat dinafikan sesiapa yang datang pertama kali ke Balik Pulau mengakui tidak puas untuk menikmati keunikan lanskap Illahi walaupun kedudukanya tidak jauh dari kesibukan Bandaraya George Town. Sejak tahun 2006 begitu ramai datang  ingin menikmati pemandangan ada yang menetap terus dan ada pula yang datang sekali sekala mengikut kelapangan mereka. Orang ramai telah mula untuk menjauhkan diri dari kesibukan kota sehingga memberikan kesan harga rumah disini sekitar  RM350K sehingga mencecah harga Jutaan Ringgit Malaysia." Mungkin ini adalah refleksi daripada kepimpinan pemerintah tanah air melahirkan rakyat yang maju dan mampu."

Kepada yang menetap disini mereka boleh dikatakan setiap hujung minggu akan memenuhi ruang lanskap Illahi untuk beriadah dan menikmati keindahan alam sama ada berjalan kaki, berjogging mahupun berbasikal. Bagi mereka yang tinggal diluar akan turut sama datang menikmati seperti penduduk tetap di sini. APA HENDAK SEMUA DAPAT.

Lihat sahaja foto dibawah anugerah yang diberikan oleh Illahi.




 Lokasi : Kampong Perlis


Lokasi: Jalan Sungai Nipah, Balik Pulau

 Lokasi : Sungai Burung

 Lokasi: Pasir Panjang, Pulau Betong.

 Berbasikal  berehat seketika setelah mendaki bukit ke Pasir Panjang.

Hampir setiap hujung minggu aktiviti berbasikal mengelilingi pulau dan melalui Balik Pulau, Lokasi Jalan Sungai Burung.


Ketenangan  saujana mata memandang. Lokasi Sungai Burung.


Catatan:  Negeri Pulau Pinang telah melahirkan dua orang Timbalan Perdana Menteri dan Seorang Perdana Menteri, malang sekali rakyat peribumi masih lagi tidak terbela. Agaknya kuasa ekonomi di tanah air lebih kuat dari kuasa politik. Ataupun orang peribumi seronok melihat kemajuan dan pembangunan Kampong se mereka lalu tak berani bersuara. Macam Pak Kadok mungkin.

Thursday, February 3, 2011

SELAMAT TAHUN BARU CHINA

Salam untuk semua umat manusia yang bergelar RAKYAT. Saya sebagai Rakyat mengambil kesempatan pada hari ini mengucapkan  SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CHINA kepada RAKYAT. Semoga pada tahun ini dan seterusnya RAKYAT negara Bangsa ini akan sentiasa beroleh kemenangan daripada tangan-tangan UMAT Jahiliyah. Meminjam kata kawan saya Cikgu Shariff Shaari  WE LOVE PEOPLE WHO LOVE PEOPLE, WE PITY THOSE WHO DON'T LOVE PEOPLE AND WE SHOULD TAKE THEM BACK  TO CIVILIZATION!. Inilah sebagai satu halangan untuk umat manusia kerana orang yang tidak bertamadun itu merasakan diri mereka sudah bertamadun. Ayuh apa lagi jangan jadikan diri  tidak bertamadun, kata Nik Aziz mereka itu masih Jahiliyah.

Perubahan diharapkan sentiasa bukan di HAPRAKKAN. Kemungkinan realiti akan berlaku pada tahun ini. Kali ini tibalah giliran Sang Arnab mengambil tempat pada tahun ini 2011. Mereka yang dilahirkan pada tahun ini dipecayai mempunyai sifat yang mudah untuk didampingi, sentiasa gembira, rendah diri, tidak sombong, tidak mudah ditipu, bercita-cita tinggi dan amat mudah mendapat keuntungan daripada setiap pekerjaan yang dilakukan. Melihat signifikan mereka yang lahir pada tahun Arnab, perubahan akan berlaku dan menjadi satu realiti.

Salah satu ciri lahir pada tahun Arnab : Tidak mudah ditipu.

ciri yang lain TIDAK SOMBONG.


  • Bila tiba Raya China bunyi mercun akan bergema selepas jam 12 malam hari raya, tak lama hanya seketika. Bila Tiba Raya Raya Melayu bunyi mercun akan bergema bermula sebulan sebelum Raya hingga sebulan lepas Raya.

Tuesday, February 1, 2011

WIRA YANG TAK DIDENDANG


Antara wajah masa hadapan negara. Mereka adalah wira dan wirawati yang telah dan bakal sebagai pejuang negara. Adakah mereka juga akan menerima nasib yang sama seperti sejarah lampau dipadamkan oleh mereka yang tidak pandai berdendang tetapi mendakwa diri sebagai PAHLAWAN TANAH AIR.


KEAJAIBAN WIRA YANG TIDAK DIDENDANG

Foto diatas tidak ada kena mengena dengan apa yang akan kudendangkan. Hanya setakat foto hiasan semata-mata. Apa yang hendak kuceritakan pada kali ini, ialah tentang satu keajaiban yang berlaku baru-baru ini. Sesuatu perkara akan dikatakan ajaib apabila daripada ada terus menjadi tidak ada, sepertilah silap mata.  Kalau nyawa hilang kita akan nampak jasad itu belum ajaib, kalau dah mati ditanam, digali semula dalam tempoh tertentu, tentu tulang akan dijumpai, ini belum lagi ajaib sebab ia masih ada walaupun tidak bernyawa.  Ahli silap mata pun tidak boleh dikatakan ajaib menghilangkan barang kemudian dijelmakan semula, seperti yang telah dilakukan oleh Daud Padang Tembaga pada satu waktu dahulu atau juga Allahyarham S.A Bakar salah seorang ahli silap mata tanah air.

Perkara ini memang AJAIB nama-nama tokoh pejuang tanah air yang dilabelkan oleh PEWARIS PENJAJAH sebagai kiri telah HILANG dari pengetahuan anak bangsa SATU MALAYSIA hari ini. Hal ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kalau golongan muda itu terdiri daripada masyarakat biasa. Bagi aku ia menjadi AJAIB kerana berlaku kepada Orang MUDA yang melabelkan diri mereka sebagai SENIMAN MAKHLUK TEATER.

Aku telah dijemput secara sukarela untuk memberikan bengkel tentang pengalaman cetekku khususnya di dalam ilmu pengarahan teater di salah sebuah Gedung Pengajian Tinggi kepunyaan pemerintah di tanah air ini. Aku memulakan dengan mengatakan SENIMAN perlu berada disebelah KIRI, berpemikiran KIRI .  Setelah berjaya KIRI akan menjadi KANAN, namun seniman masih tetap berada disebelah KIRI. Mereka bertanya apa sebenarnya maksud aku. Kemudian aku keluarkan sebuah buku yang bertajuk The Memoirs of Rashid Maidin From Armed Struggle to Peace. Mereka kata tak kenal dengan nama Rashid Maidin. Aku sebut pula nama Ishak Haji Mohamad atau PAK SAKO, mereka kata hanya pernah  dengar dan tak tahu siapa dia dan beberpa nama lain lagi seperti Toh Lung San atau Lai Raifel, Chin Peng, R.Balan, Zulkifli Mohamad, Burhanudin Helmi dan ramai lagi yang seangkatan dengan mereka termasuklah Alimin dan Tan Malaka, malang sekali mereka tidak tahu langsung siapa mereka. Sebut nama-nama orang UMNO mereka tahu dari Dato Onn hinggalah Najib Razak.

Aku menyebut nama-nama nasionalis lepas bukanlah untuk menyalurkan ideologi yang mereka dukong, sebaliknya mengajak apabila memandang secara kiri, kita akan dapat mendalami beberapa perkara, antara setiap fakta yang ditulis tidak semestinya betul sepenuhnya. Seniaman perlu kritis dan menjelmakan makna karya bukan setakat melafaskan dialog yang ditulis dalam naskah.

Aku menerangkan hal ini hampir satu jam, sedangkan masa yang diperuntukan selama dua jam sahaja lagi untuk dihabiskan. Aku sebenarnya tidak kecewa kerana mereka tidak tahu, sekurang-kurangnya dari penerangan awal berhubung dengan tooh nasionalis itu akan mereka cari sama ada di dalam perpustakaan, internet ataupun kedai buku. Aku harap keajaiban ini tidak akan berulang lagi. ..........