Sunday, February 6, 2011

My Balik Pulau

My Balik Pulau.  Aku menjadi penduduk tetapmu pada tahun 1996, walaupun telah menjejakan kaki ke Pulau Mutiara sejak tahun 1983. Tak payah cerita panjang bab ini. Memilih  Balik Pulau sebagai tempat tinggal kerana ia adalah satu tempat apa kita hendak "semua dapat". Dapat yang dimaksudkan ialah menikmati segala keindahan alam anugerah Illahi semuanya berada disekeliling. Untuk ke rumah Allah pula, MasyaAllah semuanya berada disekeliling. Terdapat 12 Mukim di Balik Pulau, jarak antara satu masjid dengan masjid lain paling jauh ialah 1 km dan paling dekat 300 meter sahaja.(kalau ada masa saya akan muatkan dalam blog ini setiap mesjid yang ada di balik pulau)

Menyambung kembali keindahan anugerah Illahi ialah dari sudut pemandangannya, hal ini tidak dapat dinafikan sesiapa yang datang pertama kali ke Balik Pulau mengakui tidak puas untuk menikmati keunikan lanskap Illahi walaupun kedudukanya tidak jauh dari kesibukan Bandaraya George Town. Sejak tahun 2006 begitu ramai datang  ingin menikmati pemandangan ada yang menetap terus dan ada pula yang datang sekali sekala mengikut kelapangan mereka. Orang ramai telah mula untuk menjauhkan diri dari kesibukan kota sehingga memberikan kesan harga rumah disini sekitar  RM350K sehingga mencecah harga Jutaan Ringgit Malaysia." Mungkin ini adalah refleksi daripada kepimpinan pemerintah tanah air melahirkan rakyat yang maju dan mampu."

Kepada yang menetap disini mereka boleh dikatakan setiap hujung minggu akan memenuhi ruang lanskap Illahi untuk beriadah dan menikmati keindahan alam sama ada berjalan kaki, berjogging mahupun berbasikal. Bagi mereka yang tinggal diluar akan turut sama datang menikmati seperti penduduk tetap di sini. APA HENDAK SEMUA DAPAT.

Lihat sahaja foto dibawah anugerah yang diberikan oleh Illahi.




 Lokasi : Kampong Perlis


Lokasi: Jalan Sungai Nipah, Balik Pulau

 Lokasi : Sungai Burung

 Lokasi: Pasir Panjang, Pulau Betong.

 Berbasikal  berehat seketika setelah mendaki bukit ke Pasir Panjang.

Hampir setiap hujung minggu aktiviti berbasikal mengelilingi pulau dan melalui Balik Pulau, Lokasi Jalan Sungai Burung.


Ketenangan  saujana mata memandang. Lokasi Sungai Burung.


Catatan:  Negeri Pulau Pinang telah melahirkan dua orang Timbalan Perdana Menteri dan Seorang Perdana Menteri, malang sekali rakyat peribumi masih lagi tidak terbela. Agaknya kuasa ekonomi di tanah air lebih kuat dari kuasa politik. Ataupun orang peribumi seronok melihat kemajuan dan pembangunan Kampong se mereka lalu tak berani bersuara. Macam Pak Kadok mungkin.

No comments:

Post a Comment