Thursday, February 3, 2011

SELAMAT TAHUN BARU CHINA

Salam untuk semua umat manusia yang bergelar RAKYAT. Saya sebagai Rakyat mengambil kesempatan pada hari ini mengucapkan  SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CHINA kepada RAKYAT. Semoga pada tahun ini dan seterusnya RAKYAT negara Bangsa ini akan sentiasa beroleh kemenangan daripada tangan-tangan UMAT Jahiliyah. Meminjam kata kawan saya Cikgu Shariff Shaari  WE LOVE PEOPLE WHO LOVE PEOPLE, WE PITY THOSE WHO DON'T LOVE PEOPLE AND WE SHOULD TAKE THEM BACK  TO CIVILIZATION!. Inilah sebagai satu halangan untuk umat manusia kerana orang yang tidak bertamadun itu merasakan diri mereka sudah bertamadun. Ayuh apa lagi jangan jadikan diri  tidak bertamadun, kata Nik Aziz mereka itu masih Jahiliyah.

Perubahan diharapkan sentiasa bukan di HAPRAKKAN. Kemungkinan realiti akan berlaku pada tahun ini. Kali ini tibalah giliran Sang Arnab mengambil tempat pada tahun ini 2011. Mereka yang dilahirkan pada tahun ini dipecayai mempunyai sifat yang mudah untuk didampingi, sentiasa gembira, rendah diri, tidak sombong, tidak mudah ditipu, bercita-cita tinggi dan amat mudah mendapat keuntungan daripada setiap pekerjaan yang dilakukan. Melihat signifikan mereka yang lahir pada tahun Arnab, perubahan akan berlaku dan menjadi satu realiti.

Salah satu ciri lahir pada tahun Arnab : Tidak mudah ditipu.

ciri yang lain TIDAK SOMBONG.


  • Bila tiba Raya China bunyi mercun akan bergema selepas jam 12 malam hari raya, tak lama hanya seketika. Bila Tiba Raya Raya Melayu bunyi mercun akan bergema bermula sebulan sebelum Raya hingga sebulan lepas Raya.

2 comments:

  1. cerita dok pusing2 gak lagu ni, tapi awat gambaq kad raya cina tu dok pi boh gambaq taun lembu pulak? tauh lembu lain taun mamu, aii dok mimpi lagi kot.

    ReplyDelete
  2. Ya ka? Anyway terima kasih kerana keperihatinan anda.

    ReplyDelete