Wednesday, March 23, 2011

Bila Episode Opera Sabun ini akan berakhir.

Perkataan Opera Sabun yang dikenali sebagai SOAP OPERA adalah istilah yang digunakan di siri-siri TV Amerika yang mempunyai episode, antaranya seperti Dallas, Knots Landing, Dynasty dan juga Peyton Place. Tapi hari ini kerana dibanjiri dengan hidangan lazat dari Indonesia, ramai yang mengenalinya sebagai SINETRON.

Seingat aku hidup dah masuk 49 tahun ini, kisah yang dihidangkan mewarnai suasana dramatik kehidupan di Malaya ini, tiada yang menjadi misteri diakhir ceritanya.  Antaranya, kisah Sadari dan Salbiah, JRA di Bangunan AIA, Tragedi 13 Mei, Konfrantasi Malaysia Indonesia, Boxing Mohamed Ali sehingga mengheret tokoh politik ke penjara  dan banyak lagi (dah terlupa), semua kisah itu tiada yang misteri semuia perjanan ceritanya mudah diikuti dan tiada kesukaran untuk memahaminya dan juga ada KARMA kesudahannya. Cerita ini diikuti oleh seluruh rakyat Malaysia dan ada pengakhiranya.

Anehnya seingat aku Peristiwa yang berlaku pada 19 November 1985 di Memali, hingga hari ini kita tidak mengetahui apa kebenarannya dan banyak lagi selepas itu sama ada yang melibatkan kematian, skandal seks, Rasuah dan penyalah gunaan kuasa, makin banyak cerita timbul sampai hari ini kita tidak tahu bilakah episode terakhir akan dirungkaikan. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 timbul pula misteri Mr.T.

SIAPAKAH DIA DATO' T. MR.T aku kenallah.




Marilah bersama kita berdoa supaya kemakmuran dan kesejahteraan sesama rakyat berterusan dan jauhi daripada sebarang persengketaan.  Semoga episode yang tidak terungkai kesudahanya akan mendapat pembalasan setimpalnya.  Allah Maha Mengetahui atas segala apa yang berlaku.

3 comments:

  1. abis kes belakang, depan pula kesnya...hai..drama2..

    ReplyDelete
  2. Penjejak Badai, kali ini episode cerita tak panjang, terlalu pantas misterinya. Harap cerita lain yang belum terungkai cepat-cepatlah tamatkan kisahnya.

    ReplyDelete