Alangkah bahagia hari ini 2 April Hari Sabtu
Seluruh daerah setiap penjuru
Tak kira jua dari luar juga datang menyerbu
Rakyat India China dan Melayu
Tumpang sekaki jua pendatang haram tersipu-sipu
kira-kira berjumlah lima belas ribu
Yang menjadi korban katanya sepulu ekor lembu
menanti PM untuk bersama berjamu
Dihujung simpang puluhan berbaju biru sedang menunggu
Menunggang kapcai yang nampak semuanya baru
Mengiringi Perdana Menteri datang ke kampongku
Kedatangan PM mestilah ada makna
yang datang berjumpa tentu juga ada makna
salam sambutan pertama tentulah dari wakil rakyat yang lama
Sambil senyum simpul yang penuh bermakna
Untuk mendapat restu PM supaya kekal lama
Apalah jua ada juga yang datang untuk bersua
memberikan senyuman moga dapat menggantikan yang lama
Dengan berwajah akulah pejuang bangsa sebenarnya
dengan hati kecil berkata akupun nak kaya juga
Biar apapun datang dengan tujuan bermakna
Mengampu membodek tak kira masa
Kononnya akulah pejuang bangsa
sedangkan semua kerja disediakan oleh orang kampong yang tak tahu apa.
Orang kampong semua berbangga
menerima kunjugan PM pertama kali bersua
bersua muka dan bersentuhan salam seketika
menjadi memori bermakna sampai bila-bila
menjadi bualan sepanjang masa
Pertemuan ini yang pertama dan terakhir
Menjadikan semua tidak merasa khuatir
Kerana janji yang tidak berakhir
Kami menunggu waktu sahaja untuk BERTAKBIR.
Hari ini Perdana Menteri melawat kampongku.
take beer?
ReplyDeleteKAMPUNGKU SUDAH BERJAYA
ReplyDeletePEMBANGUNAN SEKELILING
ADA JENTERA ADA KERETA PROTON SAGA
SAWAH PADI MENGUNING
NEGERIKU SUDAH MERDEKA
KEDAULATANNYA DIJUNJUNG
KUBEKERJA KUPERTAHANKAN MALAYSIA
ITU ADAT BERKAMPUNG
MAJULAH KAMPUNGKU
MALAYSIA OH TANAHAIRKU
WALAU DEKAT WALAUPUN BERIBU BATU
HANYA ENGKAU KAMPUNGKU
irama lagu ini berasal dari Minangkabau Indonesia.
ReplyDelete