Wednesday, March 23, 2011

Bila Episode Opera Sabun ini akan berakhir.

Perkataan Opera Sabun yang dikenali sebagai SOAP OPERA adalah istilah yang digunakan di siri-siri TV Amerika yang mempunyai episode, antaranya seperti Dallas, Knots Landing, Dynasty dan juga Peyton Place. Tapi hari ini kerana dibanjiri dengan hidangan lazat dari Indonesia, ramai yang mengenalinya sebagai SINETRON.

Seingat aku hidup dah masuk 49 tahun ini, kisah yang dihidangkan mewarnai suasana dramatik kehidupan di Malaya ini, tiada yang menjadi misteri diakhir ceritanya.  Antaranya, kisah Sadari dan Salbiah, JRA di Bangunan AIA, Tragedi 13 Mei, Konfrantasi Malaysia Indonesia, Boxing Mohamed Ali sehingga mengheret tokoh politik ke penjara  dan banyak lagi (dah terlupa), semua kisah itu tiada yang misteri semuia perjanan ceritanya mudah diikuti dan tiada kesukaran untuk memahaminya dan juga ada KARMA kesudahannya. Cerita ini diikuti oleh seluruh rakyat Malaysia dan ada pengakhiranya.

Anehnya seingat aku Peristiwa yang berlaku pada 19 November 1985 di Memali, hingga hari ini kita tidak mengetahui apa kebenarannya dan banyak lagi selepas itu sama ada yang melibatkan kematian, skandal seks, Rasuah dan penyalah gunaan kuasa, makin banyak cerita timbul sampai hari ini kita tidak tahu bilakah episode terakhir akan dirungkaikan. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 timbul pula misteri Mr.T.

SIAPAKAH DIA DATO' T. MR.T aku kenallah.




Marilah bersama kita berdoa supaya kemakmuran dan kesejahteraan sesama rakyat berterusan dan jauhi daripada sebarang persengketaan.  Semoga episode yang tidak terungkai kesudahanya akan mendapat pembalasan setimpalnya.  Allah Maha Mengetahui atas segala apa yang berlaku.

Friday, March 18, 2011

CUCU CICIT PAK KADOK DAH MULA SEDAR KERANA TERTIPU OLEH PENIPU

Siapa tak kenal Pak Kadok, dikatakan di dalam kelompok Cerita Jenaka disampaikan jua didalam bentuk Seloka oleh bijak pandai sastera tanah air.  Memang tidak dapat dinafikan bila mendengar ceritanya amat lucu sekali dan bila didendangkan Selokanya  terasa tidak jemu apabila diulang-ulangkan.  Siapa tak kenal dengan Seloka  Pak Kadok yang kerap didendangkan  oleh pelatih-pelatih PLKN diseluruh Kem di dalam Negara ini sejak tahun 2007 lagi di dalam program modul PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA, ratusan ribu pelatih  telah mengenali  Seniman Roslan Madun yang amat lunak suaranya yang menyampaikan Seloka ini.  CD dendangan beliau digunakan  sebagai panduan kepada pelatih-pelatih dan juga jurulatih  bagi menyampaikan  Seloka  secara  teratur.
Seperti mana yang di ketahui, Pak Kadok  tinggal  dinegeri yang  bergelar Cempaka Sari dan diperintah oleh Raja yang bernama Raja Indera Sari. Kerana berkemungkinan terlalu taat kepada Raja ataupun Raja mahu menipu Pak Kadok, maka Pahlawan Ayam Pak Kadok bernama Biring Si  Kunani sanggup ditukarkan dengan Ayam Raja bernama Jalak Permata Putih. Walaupun ayam kepunyaan Pak Kadok Biring Si Kunani  menang, tetapi Ayam itu bukan lagi menjadi haknya dan tanah kampong miliknya sebagai taruhan telah tergadai. Kampong negeri Pak Kadok telah menjadi milik orang lain.

Jalak  Permata Putih yang menjadi tukaran Biring Si Kunani

Merenung kembali kisah yang lampau (tak tahu mungkin benar atau tidak) seolah-olah menjadi realiti apabila puak pemerentah Negara sejak dari tahun 1957 hingga kini tidak mahu menjadikan ini sebagai iktibar.  Kita tahu pada hari ini siapakah watak Pak Kadok dan siapakah watak Raja. Kalau dahulu Raja memilikinya terus tetapi kini Raja hanya sebagai perantara untuk memindahkan pada orang lain yang berlaianan asal usul samada dari keturunan Pak Kadok ataupun Raja. Demi keuntungan peribadi sanggup menggadaikan maruah bangsa.  Pernah dulu orang mengatakan bahawa Negara ini telah menjadi Untuk Melayu Negeri Orang.

Rumah Pak Kadok yang tinggal dan bakal dirobohkan oleh pembangunan dibelakangnya.

Pada hari ini semua cucu cicit Pak Kadok dah mulai sedar dari tertipu oleh sipenipu.  Mereka kembali memperjuangkan hak mengatakan bahawa penduduk asal Negara ini adalah orang Melayu, ini memang tidak dinafikan kebenaranya, rujuklah sejarah sama ada ditulis oleh oriantasi Barat ataupun orang tempatan. Kalau bertanya pada kaum lain yang berbangsa Malaysia mereka akan mengatakan, memang Negara ini asal Negara Melayu. 
Baru-baru ini telah menjadi satu kontraversi apabila diterbitkan sebuah  risalah sedikit sebanyak yang menyatakan bahawa suatu tempat di negeri utara bertempat dibahgian Timur Benua Afrika menyatakan penduduk asalnya bukan didiami oleh  Melayu maka puak Cucu cicit Pak Kadok telah bangkit menafikan kebenaranya. Kerana mempertahankan kebenaran mereka menyatakan  ia tergolong dibawah Akta Hasutan yang amat berbahaya kepada Negara, maka bangkit membuat laporan di Rumah-Rumah Pasong yang berhampiran. Menujukan terlalu marah hingga sanggup membakar Risalah sebagai satu bantahan. Ini sebagai menunjukan amaran dan  tindakan perlu  dikenakan kepada mereka yang membuat angkara. Kita tunggu dulu katanya siasatan sedang berjalan . Sekiranya ini masih berterusan cita cita pemimpin besar Negara mewujudkan slogan SATU MALAYSIA yang menjadi harapan seluruh rakyat negara ini , ia akan tidak menjadi satu kenyataan.  Orang lain dah lama memikirkan tentang kemajuan dan pembangunan, kita masih lagi memikirkan tentang sejarah yang tidak tahu sejauh mana kebenaranya.  Jadikanlah sejarah itu sebagai sejarah untuk panduan, kalau salah kembali diperbetulkan, bila kembali pada sejarah kita bukan  mengejar pembangunan dan kemajuan tetapi meninggalkan pembangunan dan kemajuan.
Apapun Kita syukur cucu cicit Pak Kadok telah mulai sedar. Namun kesedaran hanya melalui suara bercampor emosi serta berlagak seperti samseng tidak akan dapat menyelesaikan masalah. Akhir sekali sama-sama kita berdoa jangan sampai mengikut watak Pak Kadok yang sanggup pula membunuh isterinya.  Mari kita hayati seloka Pak Kadok.

Gambar hiasan yang tiada kena mengena.....

SELOKA PAK KADOK
Aduhai malang Pak Kadok
Ayamnya menang kampong tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak Pulang Kebuluran

Hai mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris Mati oleh tak makan

Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk
Aduhai Malang Pak Kadok

Antologi Puisi Tanah Airku 2005 (DBP)


Catatan Bloger: 
Siapakah di Cucu Cicit Pak Kaduk
Kerana Risalah akal seorang budak
Hingga sanggup mengatakan YA pada yang TIDAK
Dan menyatakan TIDAK  kepada YA yang berhak.
                
Ini hanya sebuah pandangan…..