Thursday, April 14, 2011

AKU, LIM DAN ISLAM

Aku, Lim dan Islam
 
Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak . Lim Wei Choon .
Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM .
Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan
pelajaran ke Amerika Syarikat . Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke
zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama .
 
Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk
menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya . kadangkala, jika ada
kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta . Aku jarang ke
rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun
Baru Cina . Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim .
 
Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia
sering menjadi rujukannya padaku . Kenangan-kenangan seperti memancing,
mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance',
semuanya kami kongsi bersama-sama . Apa yang ingin kunyatakan ialah,
warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang
persahabatan kami . 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika
setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana . Itu yang
kuketahui dari kakaknya .
 
Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran .
maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit,
yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar . Untuk menulis
surat kepada lelaki amat malas kami rasakan .
 
Suatu pagi . Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya
memberitahu Lim akan pulang ke tanahair . Dan aku amat terkejut dengan
berita yang kudengar dari kakaknya .
 
" He's name is no more Lim Wei Choon . He's now Ahmad Zulfakar Lim since
5 years ago . . . Subhanallah!
 
Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah
S . W . T . Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi
setelah menjadi saudara seagama denganku .
 
Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan
bertemu dengan Lim dirumahnya . Ada satu keraian istimewa sempena
menyambut kepulangannya . Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin
berkurangan . . .
 
Assalamualaikum . . Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah
jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang .
 
Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama
kekasih yang sudah terlalu lama terpisah .
 
'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang"
Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa
kami berpelukan dan menangis itu . Tetapi aku bukan menangis kerana apa,
tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat
keislaman rakanku . Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya
untuk berbual-bual . beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama
berada diperantauan .
 
Talha, kau kawan baik aku kan? betul  tak? . Memanglah . . Kenapa kau tanya
macam tu?kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
 
Sorry Lim . Aku tak faham . . diseksa? What do you mean?
 
Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil . Aku ingat lagi, rumah kau tu,
is my second house .
 
Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam?
Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam?
Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?
 
Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?
 
Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab . Dan Lim terus berkata-kata . Kalau
betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di
dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api
neraka?
 
Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati . Aku
akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak
sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim
yang lain . Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah
denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam . tapi, nikmat itu bukan
untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau
dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam
pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku .
 
Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu . Berdakwah adalah
tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung
Risalah .
 
Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada
keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau
bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diri
aku, cuma aku kesal . . sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul
dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir
kau sudah bersyukur pada Allah .
 
Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu
sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar . Kalau kau dah sampaikan
seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau
boleh panggil kafir .
 
Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah
benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini . Aku hanya sibuk untuk
memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar .
 
Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah
akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta
mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu . Petang itu
aku pulang dengan satu semangat baru .
Aku ingin berdakwah!
 
Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan
lebih 20 orang termasuk adiknya . Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam
ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun
orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang
kebenaran Islam?
 
Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat
dilahirkan sebagai Islam .
 
P/s : sebagai Tauladan

Komen : Tulisan ni adalah email yang dihantar oleh USMgroup kepada aku. Sesiapa yang membacanya mohon copy dan sebarkan pada rakan taulan.

Wednesday, April 13, 2011

Malaysiakini Diserang

Pagi ni, tak terasa minum kopi kerana Malaysiakini tiada disisi:

Malaysiakini down, mirror site on WordPress, Blogspot and Facebook

Wednesday 13 Apr 2011 MYT 00:03:24

Twitter suspends MalaysiaKini

No reason was stated.

How to read MalaysiaKini’s news reports

(Free until normal service resumes) » MalaysiaKini at WordPress | » articles at Blogspot | at » articles Facebook » MalaysiaKini’s updates on Twitter
Malaysiakini down, hit by cyber attacks by MalaysiaKini A cyber attack beginning at 11am [Tuesday] shut down Malaysiakini servers simultaneously, making the website inaccessible to readers. The Malaysiakini technical team has determined it to be a denial-of-service attack, where an attacker uses computers in different parts of the world to swarm Malaysiakini servers to the point that they are unable to cope with the massive traffic. Both our servers, which are hosted at two data centres – TM Brickfields and Jaring – have been affected by the attack. Malaysiakini has posted all of today’s reports in Facebook. Readers can access Malaysiakini in full via Facebook Notes. We will soon be making our reports, especially those on the Sarawak election, available on WordPress, Blogspot and other publishing platforms. Malaysiakini is also working to bring up a new set of servers. We apologise for the technical problem and we will keep readers informed of developments via Facebook and Twitter. Similar to attacks on ‘Sarawak Report’ The attack on Malaysiakini came three days after Sarawak Report, a website which has been critical of Chief Minister Abdul Taib Mahmud, was shut down by a similar assault. According to site founder Clare Rewcastle Brown, the attacks has been building up with interruptions over the past week, culminating in a concerted attack over the weekend. She explained that web experts said it was a distributed denial of service attack – the type that brought down Wikileaks at one time. In a DOS attack, multiple bots, or programmes running on servers or personal computers in different countries are used to bombard a site’s server with multiple requests to view the site. The ‘bots’ will repeat the request for data so many times they flood the server, beyond its ability to respond.

Wednesday, April 6, 2011

Seri Bangswan USM di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur

Seri Bangsawan USM akan kembali membuat persembahan Bangsawan Mestika Bumi, olahan naskah oleh Halimi MN dan diarahkan oleh Prof. Madya Dr. Haji Abdul Samat Salleh bertempat di Panggung DBKL pada 20-22 Mei 2011, jam 8.30malam. Persembahan ini dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian negara bersama-sama DBKL sempena program SEMARAK BANGSAWAN untuk tahun 2011 ini.

Sedikit sebanyak maklumat tentang kumpulan Seri Bangswan USM bermula dengan keperihatinan Universiti Sains Malaysia melihat teater Bangsawan hampir kepada penghujungnya terutama sekali pada akhir tahun 70an, satu langkah pro aktif telah dilaksanakan dibawah seliaan Bahagian Seni Lakon, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan dua orang tokoh Bangsawan tanah air yang menetap di Pulau Pinang iaitu Alias bin Abdul Manan (Pak Alias) dan isterinya Aminah binti Nani (Mak Minah) diambil untuk berkhidmat. Mereka dilantik melaksanakan tugas pada tahun 1980 secara tidak langsung tertubuhlah perkumpulan SERI BANGSAWAN USM. Inisiatif ini dimulakan oleh Prof. Shaharom Ahmad (Timbalan Naib Canselor Pembangunan) dan Dr. Ghulam Sarwar Yusouf (Pensyarah Bahagian Seni Lakon) pada ketika itu, Kumpulan Seri Bangsawan USM dianggotai oleh kakitangan USM, pelajar-pelajar dan juga aktivis bangswan di negeri Pulau Pinang, antaranya ialah Encik Ali bin Abdul Rahman dan Puan Zuraidah Ahmad yang masih kekal bersama dengan bangsawan USM sehingga hari ini. Seri Bangsawan USM membuat latihan dan pertemuan setiap hujung minggu bertempat di Panggung Sasaran. Sepanjang tahun 1980 -1995

Kumpulan ini saban tahun membuat persembahan secara tetap sempena Pesta Pulau Pinang, tempat utama persembahan ialah di Dewan Seri Pinang dan juga Panggung Sasaran USM. Selain daripada itu mendapat juga undangan bermain di sekitar daerah Pulau Pinang dan juga di negeri-negeri lain disebelah utara. Pada tahun 1991, Pak Alias telah meninnggal dunia, namun ini tidak mematahkan semangat kumpulan dan Mak Minah masih meneruskan perjuangan sehinggalah pada tahun 1995. Selepas itu teater bangsawan di USM telah terhenti sehinggalah pada tahun 2002 diatas keperihatinan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan pada waktu itu ia dihidupkan kembali dengan dipimpin oleh Prof. Madya Dr. Abdul Samat bin Salleh. Sepanjang lapan tahun sehingga hari ini, kumpulan Seri Bangswan USM telah mempersembahkan antaranya Bangsawan Bakawali dipersembahkan di Auditorioum Dewan Budaya USM (2002 dan 2007), Panggung Bandaraya Kuala Lumpur (2007) Bangsawan Puteri Kuala Jelapang di Auditorioum Dewan Budaya USM(2003), Bangsawan Jula Juli Bintang Tujuh (2004-2006) yang telah dipersembahkan di USM, Panggung Bandaraya Kuala Lumpur, Taman Budaya Alor Setar, Taman Budaya Kuala Trengganu dan Taman Budaya Kuantan, Pahang. Pada tahun 2006 Bangsawan Jula-Juli Bintang Tujuh telah dinamakan untuk 3 pencalonan BOH Cameronian Art’s Award, iaitu Pengarah (Abdul Samat Salleh), Tatacahaya (Roslan Chin) dan Skrip (Halimi Mohamed Noh).

Sehingga hari ini dan akan datang teater Bangsawan akan terus segar dan terus dipupuk memandangkan dari masa ke semasa telah ramai barisan pelapis yangbegitu serius memulihara teater tradisional ini. Seterusnya juga akan berusaha untuk memartabatkan kembali Pulau Pinang sebagai Pusat Perkembangan Bangsawan Tanah Air, sebagaimana tempat ianya bermula. Ia akan menjadi satu realiti berkat daripada sokongan dan kepercayaan daripada kepimpinan dan seluruh warga Pusat Pengajian Seni, USM. Ia juga sebagai satu amanah yang perlu dijaga dan dipelihara hasil daripada usaha tokoh bangsawan tanah air, Allahyarham Alias bin Abdul Manan dan Allahyarhamah Aminah binti Nani.


Halimi MN

Sunday, April 3, 2011

HARI INI PERDANA MENTERI MELAWAT KAMPONGKU

Alangkah bahagia hari ini 2 April Hari Sabtu
Seluruh daerah setiap penjuru
Tak kira jua dari luar juga datang menyerbu
Rakyat India China dan Melayu
Tumpang sekaki jua pendatang haram tersipu-sipu
kira-kira berjumlah lima belas ribu
Yang menjadi korban katanya sepulu ekor lembu
menanti PM untuk bersama berjamu
Dihujung simpang puluhan berbaju biru sedang menunggu
Menunggang kapcai yang nampak semuanya baru
Mengiringi  Perdana Menteri datang ke kampongku

Kedatangan PM mestilah ada makna
yang datang berjumpa tentu juga ada makna
salam  sambutan pertama tentulah dari wakil rakyat yang lama
Sambil senyum simpul  yang penuh bermakna
Untuk mendapat restu PM supaya kekal lama

Apalah jua ada juga yang datang untuk bersua
memberikan senyuman moga dapat menggantikan yang lama
Dengan berwajah akulah pejuang bangsa sebenarnya
dengan hati kecil berkata akupun nak kaya juga

Biar apapun datang dengan tujuan bermakna
Mengampu membodek tak kira masa
Kononnya akulah pejuang bangsa
sedangkan semua kerja disediakan oleh orang kampong yang tak tahu apa.

Orang kampong semua berbangga
menerima kunjugan PM pertama kali bersua
bersua muka dan bersentuhan salam seketika
menjadi memori bermakna sampai bila-bila
menjadi bualan sepanjang masa

Pertemuan ini yang pertama dan terakhir
Menjadikan semua tidak merasa khuatir
Kerana janji yang tidak berakhir
Kami menunggu waktu sahaja untuk BERTAKBIR.

Hari ini Perdana Menteri melawat kampongku.