Thursday, December 30, 2010

Menjelang 2011 masih banyak peristiwa yang belum selesai.

Tak berapa detik dan ketika, tahun 2010 akan menjadi sejarah. Kalau dilihat secara kronologi bermula januari hingga disember memang banyak peristiwa besar berlaku. Setiap peristiwa besar ini kadang-kadang dibicarakan berbulan-bulan dan ada juga sampai bertahun-tahun sehingga ianya diselesaikan, tapi sayangnya tak pernah selesai macam drama TV yang bersiri.. Agaknya ia sengaja dijadikan sebagai fiksyen untuk dekembangkan plotnya sehingga tiada akhirnya. Cerita tidak akan berakhir, tak tahu sama ada berakhir dengan happy ending ataupun tragedy . Berkemungkinan sang sutradara masih lagi menyuteradarai cerita ini, sang sutradara tidak akan hilang idea kerana penulis amat ramai memberikan sumbangan.

Cerita  sama tetap akan berlaku, hanya pelakon dan latar tempat  sahaja berbeza watak dan perwatakan telah ditetapkan, tunggu siapa sahaja akan memegang peranan.

Antara tajuk cerita yang menarik adalah seperti berikut yang masih belum selesai.

1. Jangan Tikam Belakang
2.Jangan Tembak dari Belakang
3.Cincang, Bakar,Buang jadi abu.
4.Tak Tenggelam
5.Enjinku hilang
6.Booommm
7.Aku seorang wanita bergelar AMAH
8.Laju-Laju Bas Ekspres ku Laju
9.NAIK-NAIK SEMUA NAIK
10.KAMI RELA TERTIPU OLEH PENIPU.

                   Berbasikal melalui jalan baru yang sepatutnya siapa pada April 2007, tapi sehingga hari ini 30Dis.2010 baru hampir nak siap, kalau dah siap tentu ada yang belum siap.

Sunday, December 26, 2010

Miss Fong Bhg. II

Setelah umat manusia amat percaya dengan sebuah rekayasa, maka segala apa yang pelik mereka terbau, terdengar atau terjumpa maka nama Miss Fonglah dikaitkan. Ia wujud atau tidak tiada seorangpun yang bertemu dengan dia. Semua pertemuan adalah cerita di atas cerita. Ini memang lumrah manusia umat di negara ini. Berbalik dengan kisah Miss Fong pada tahun 2005 hingga hari ini, nama itu telah hilang dari mulut warga SASARAN, dan tiada lagilah cerita perihal Miss Fong. Nama Miss Fong mati seiring dengan kematian Warga Sasaran.

Saturday, December 25, 2010

Nostalgia Panggung SASARAN dan Fong MAMA



Panggung SASARAN sedang dibaikpulih dijangka boleh digunakan semula pada Mac 2011


Warga SASARAN yang lahir pada tahun 1984 dan 85, siapa tak kenal dengan Fong MAMA, atau Miss Fong. Nama Miss Fong sentiasa berlegar dikepala para pengunjung dan pengguna sejak pada tahun itu. Cerita bagaimana Miss Fong muncul akan kuceritakan pada akhir nanti.

Kita kenal dengan siapa Miss Fong . Beliau adalah seorang gadis berusia 17 tahun (Simanis 17), telah meninggal dunia pada tahun 1980 akibat daripada kemalangan jalan raya. Lokasi nahas ialah Jalan Sungai Dua. Sebelum dia berhijrah ke SASARAN lokasi penginapannya ialah dirumpunan buluh terletak tidak jauh dari panggung sasaran. Di sasaran tempat tinggalnya ialah di dalam sebuah lubang berhampiran dengan tangga besi bilik kawalan lampu. Sekarang lubang itu telah dikambus, tak tahu kemana Miss Fong nak pergi.

Lokasi tempat tinggal Miss Fong

Berbalik bagaimana nama Miss Fong muncul. Kisah bermula di Desasiswa Fajar, tempat aku sentiasa jadi port kekawan. Suatu hari lepas musim exam, bebudak drama tak terus balik kampong sebab masa cuti ada latihan dengan Dr.Ghouse untuk pergi Teater Keliling, tak silap tahun tu nak buat show happenig di Brunei dan Sabah. Lepas latihan pada malam hari setelah pekena Teh tarik kat kedai Panjang dekat Sungai Dua, sebelum jam 12.00 kena balik, kalau tidak gate tutup. Apa yang menarik kedai panjang tu (milik seorang berbangsa cina) dibahagian hadapan seorang India dan anaknya berniaga roti canai, kat situlah tempat kami lepak sambil dengar lagu dari jukebox yang bernilai 20sen untuk 2 lagu, biasanya kami lepak bermula jam 10.30malam tak lama sejam saja. (nama kawan-kawan yang lepak bersama tak mahu dinyatakan disini, kerana mereka dah punya nama besar, nanti kena saman pula susah).

Aikkkk jangan keluar tajuk cerita lepak kedai panjang nanti aku ceritakan lain kali, berbalik dengan Miss Fong ini bagaimana ditemui, ialah melalui satu permainan Sprit of the coin (nak tahu permainan ini boleh cari dengan Tok Google. Tapi dinasihatkan dan dilarang sama sekali bermain ya). Permainan ini mulanya aku saksikan kekawan aku berbangsa India Malaysia bermain, kerana tidak fokus mereka tak pernah dapat menggerakan wang siling, lalu aku cuba dengan kawan aku berbangsa Cina Malaysia dengan aku seorang yang berbangsa Melayu Malaysia, buat pujaan serapah setakat lima kali siling itu bergerak sendiri. Bila bergerak mereka yang disekeliling bertambah berminat memerhati sambil yang mengendalikan permainan itu jadi perantara pula. Ada yang minta no ekor, ada yang bertanyakan ada perempuan minat kat dia ke, ada yang bertanya macam-macam yang misteri dan bila banyak sangat orang bertanya sampai roh itu penat, kamipun bertanyakan pada roh itu tentang biodatanya, dia memperkenalkan dirinya sebagai MISS FONG.

Bersambung......

Wednesday, December 22, 2010

MULA NAK MENULIS MENJELANG 2011

Salam sejahtera kepada semua umat yang bernama manusia. Bila orang buat blog aku juga teringin. Orang lain sentiasa updated blog mereka, aku baru hari ini nak mula. Rasanya ini langkah awal sebelum 2011 menjelma. Aku akan tulis apa yang aku tengok ikut pandangan saya. Macam-macam perkara untuk dikongsi bersama.