Saturday, December 25, 2010

Nostalgia Panggung SASARAN dan Fong MAMA



Panggung SASARAN sedang dibaikpulih dijangka boleh digunakan semula pada Mac 2011


Warga SASARAN yang lahir pada tahun 1984 dan 85, siapa tak kenal dengan Fong MAMA, atau Miss Fong. Nama Miss Fong sentiasa berlegar dikepala para pengunjung dan pengguna sejak pada tahun itu. Cerita bagaimana Miss Fong muncul akan kuceritakan pada akhir nanti.

Kita kenal dengan siapa Miss Fong . Beliau adalah seorang gadis berusia 17 tahun (Simanis 17), telah meninggal dunia pada tahun 1980 akibat daripada kemalangan jalan raya. Lokasi nahas ialah Jalan Sungai Dua. Sebelum dia berhijrah ke SASARAN lokasi penginapannya ialah dirumpunan buluh terletak tidak jauh dari panggung sasaran. Di sasaran tempat tinggalnya ialah di dalam sebuah lubang berhampiran dengan tangga besi bilik kawalan lampu. Sekarang lubang itu telah dikambus, tak tahu kemana Miss Fong nak pergi.

Lokasi tempat tinggal Miss Fong

Berbalik bagaimana nama Miss Fong muncul. Kisah bermula di Desasiswa Fajar, tempat aku sentiasa jadi port kekawan. Suatu hari lepas musim exam, bebudak drama tak terus balik kampong sebab masa cuti ada latihan dengan Dr.Ghouse untuk pergi Teater Keliling, tak silap tahun tu nak buat show happenig di Brunei dan Sabah. Lepas latihan pada malam hari setelah pekena Teh tarik kat kedai Panjang dekat Sungai Dua, sebelum jam 12.00 kena balik, kalau tidak gate tutup. Apa yang menarik kedai panjang tu (milik seorang berbangsa cina) dibahagian hadapan seorang India dan anaknya berniaga roti canai, kat situlah tempat kami lepak sambil dengar lagu dari jukebox yang bernilai 20sen untuk 2 lagu, biasanya kami lepak bermula jam 10.30malam tak lama sejam saja. (nama kawan-kawan yang lepak bersama tak mahu dinyatakan disini, kerana mereka dah punya nama besar, nanti kena saman pula susah).

Aikkkk jangan keluar tajuk cerita lepak kedai panjang nanti aku ceritakan lain kali, berbalik dengan Miss Fong ini bagaimana ditemui, ialah melalui satu permainan Sprit of the coin (nak tahu permainan ini boleh cari dengan Tok Google. Tapi dinasihatkan dan dilarang sama sekali bermain ya). Permainan ini mulanya aku saksikan kekawan aku berbangsa India Malaysia bermain, kerana tidak fokus mereka tak pernah dapat menggerakan wang siling, lalu aku cuba dengan kawan aku berbangsa Cina Malaysia dengan aku seorang yang berbangsa Melayu Malaysia, buat pujaan serapah setakat lima kali siling itu bergerak sendiri. Bila bergerak mereka yang disekeliling bertambah berminat memerhati sambil yang mengendalikan permainan itu jadi perantara pula. Ada yang minta no ekor, ada yang bertanyakan ada perempuan minat kat dia ke, ada yang bertanya macam-macam yang misteri dan bila banyak sangat orang bertanya sampai roh itu penat, kamipun bertanyakan pada roh itu tentang biodatanya, dia memperkenalkan dirinya sebagai MISS FONG.

Bersambung......

2 comments:

  1. boss cepat2 masuk entry baru..
    jang bnyak melalut ya..

    ReplyDelete
  2. miss fong episode 2 bila lagi...

    ReplyDelete