Perkataan Opera Sabun yang dikenali sebagai SOAP OPERA adalah istilah yang digunakan di siri-siri TV Amerika yang mempunyai episode, antaranya seperti Dallas, Knots Landing, Dynasty dan juga Peyton Place. Tapi hari ini kerana dibanjiri dengan hidangan lazat dari Indonesia, ramai yang mengenalinya sebagai SINETRON.
Seingat aku hidup dah masuk 49 tahun ini, kisah yang dihidangkan mewarnai suasana dramatik kehidupan di Malaya ini, tiada yang menjadi misteri diakhir ceritanya. Antaranya, kisah Sadari dan Salbiah, JRA di Bangunan AIA, Tragedi 13 Mei, Konfrantasi Malaysia Indonesia, Boxing Mohamed Ali sehingga mengheret tokoh politik ke penjara dan banyak lagi (dah terlupa), semua kisah itu tiada yang misteri semuia perjanan ceritanya mudah diikuti dan tiada kesukaran untuk memahaminya dan juga ada KARMA kesudahannya. Cerita ini diikuti oleh seluruh rakyat Malaysia dan ada pengakhiranya.
Anehnya seingat aku Peristiwa yang berlaku pada 19 November 1985 di Memali, hingga hari ini kita tidak mengetahui apa kebenarannya dan banyak lagi selepas itu sama ada yang melibatkan kematian, skandal seks, Rasuah dan penyalah gunaan kuasa, makin banyak cerita timbul sampai hari ini kita tidak tahu bilakah episode terakhir akan dirungkaikan. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 timbul pula misteri Mr.T.
SIAPAKAH DIA DATO' T. MR.T aku kenallah.
Marilah bersama kita berdoa supaya kemakmuran dan kesejahteraan sesama rakyat berterusan dan jauhi daripada sebarang persengketaan. Semoga episode yang tidak terungkai kesudahanya akan mendapat pembalasan setimpalnya. Allah Maha Mengetahui atas segala apa yang berlaku.
Wednesday, March 23, 2011
Friday, March 18, 2011
CUCU CICIT PAK KADOK DAH MULA SEDAR KERANA TERTIPU OLEH PENIPU
Siapa tak kenal Pak Kadok, dikatakan di dalam kelompok Cerita Jenaka disampaikan jua didalam bentuk Seloka oleh bijak pandai sastera tanah air. Memang tidak dapat dinafikan bila mendengar ceritanya amat lucu sekali dan bila didendangkan Selokanya terasa tidak jemu apabila diulang-ulangkan. Siapa tak kenal dengan Seloka Pak Kadok yang kerap didendangkan oleh pelatih-pelatih PLKN diseluruh Kem di dalam Negara ini sejak tahun 2007 lagi di dalam program modul PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA, ratusan ribu pelatih telah mengenali Seniman Roslan Madun yang amat lunak suaranya yang menyampaikan Seloka ini. CD dendangan beliau digunakan sebagai panduan kepada pelatih-pelatih dan juga jurulatih bagi menyampaikan Seloka secara teratur.
Seperti mana yang di ketahui, Pak Kadok tinggal dinegeri yang bergelar Cempaka Sari dan diperintah oleh Raja yang bernama Raja Indera Sari. Kerana berkemungkinan terlalu taat kepada Raja ataupun Raja mahu menipu Pak Kadok, maka Pahlawan Ayam Pak Kadok bernama Biring Si Kunani sanggup ditukarkan dengan Ayam Raja bernama Jalak Permata Putih. Walaupun ayam kepunyaan Pak Kadok Biring Si Kunani menang, tetapi Ayam itu bukan lagi menjadi haknya dan tanah kampong miliknya sebagai taruhan telah tergadai. Kampong negeri Pak Kadok telah menjadi milik orang lain.
Jalak Permata Putih yang menjadi tukaran Biring Si Kunani
Merenung kembali kisah yang lampau (tak tahu mungkin benar atau tidak) seolah-olah menjadi realiti apabila puak pemerentah Negara sejak dari tahun 1957 hingga kini tidak mahu menjadikan ini sebagai iktibar. Kita tahu pada hari ini siapakah watak Pak Kadok dan siapakah watak Raja. Kalau dahulu Raja memilikinya terus tetapi kini Raja hanya sebagai perantara untuk memindahkan pada orang lain yang berlaianan asal usul samada dari keturunan Pak Kadok ataupun Raja. Demi keuntungan peribadi sanggup menggadaikan maruah bangsa. Pernah dulu orang mengatakan bahawa Negara ini telah menjadi Untuk Melayu Negeri Orang.
Rumah Pak Kadok yang tinggal dan bakal dirobohkan oleh pembangunan dibelakangnya.
Pada hari ini semua cucu cicit Pak Kadok dah mulai sedar dari tertipu oleh sipenipu. Mereka kembali memperjuangkan hak mengatakan bahawa penduduk asal Negara ini adalah orang Melayu, ini memang tidak dinafikan kebenaranya, rujuklah sejarah sama ada ditulis oleh oriantasi Barat ataupun orang tempatan. Kalau bertanya pada kaum lain yang berbangsa Malaysia mereka akan mengatakan, memang Negara ini asal Negara Melayu.
Baru-baru ini telah menjadi satu kontraversi apabila diterbitkan sebuah risalah sedikit sebanyak yang menyatakan bahawa suatu tempat di negeri utara bertempat dibahgian Timur Benua Afrika menyatakan penduduk asalnya bukan didiami oleh Melayu maka puak Cucu cicit Pak Kadok telah bangkit menafikan kebenaranya. Kerana mempertahankan kebenaran mereka menyatakan ia tergolong dibawah Akta Hasutan yang amat berbahaya kepada Negara, maka bangkit membuat laporan di Rumah-Rumah Pasong yang berhampiran. Menujukan terlalu marah hingga sanggup membakar Risalah sebagai satu bantahan. Ini sebagai menunjukan amaran dan tindakan perlu dikenakan kepada mereka yang membuat angkara. Kita tunggu dulu katanya siasatan sedang berjalan . Sekiranya ini masih berterusan cita cita pemimpin besar Negara mewujudkan slogan SATU MALAYSIA yang menjadi harapan seluruh rakyat negara ini , ia akan tidak menjadi satu kenyataan. Orang lain dah lama memikirkan tentang kemajuan dan pembangunan, kita masih lagi memikirkan tentang sejarah yang tidak tahu sejauh mana kebenaranya. Jadikanlah sejarah itu sebagai sejarah untuk panduan, kalau salah kembali diperbetulkan, bila kembali pada sejarah kita bukan mengejar pembangunan dan kemajuan tetapi meninggalkan pembangunan dan kemajuan.
Apapun Kita syukur cucu cicit Pak Kadok telah mulai sedar. Namun kesedaran hanya melalui suara bercampor emosi serta berlagak seperti samseng tidak akan dapat menyelesaikan masalah. Akhir sekali sama-sama kita berdoa jangan sampai mengikut watak Pak Kadok yang sanggup pula membunuh isterinya. Mari kita hayati seloka Pak Kadok.
Gambar hiasan yang tiada kena mengena.....
SELOKA PAK KADOK
Aduhai malang Pak Kadok
Ayamnya menang kampong tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak Pulang Kebuluran
Hai mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris Mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk
Aduhai Malang Pak Kadok
Antologi Puisi Tanah Airku 2005 (DBP)
Catatan Bloger:
Siapakah di Cucu Cicit Pak Kaduk
Kerana Risalah akal seorang budak
Hingga sanggup mengatakan YA pada yang TIDAK
Dan menyatakan TIDAK kepada YA yang berhak.
Ini hanya sebuah pandangan…..
Tuesday, March 8, 2011
Monday, February 7, 2011
Sunday, February 6, 2011
My Balik Pulau
My Balik Pulau. Aku menjadi penduduk tetapmu pada tahun 1996, walaupun telah menjejakan kaki ke Pulau Mutiara sejak tahun 1983. Tak payah cerita panjang bab ini. Memilih Balik Pulau sebagai tempat tinggal kerana ia adalah satu tempat apa kita hendak "semua dapat". Dapat yang dimaksudkan ialah menikmati segala keindahan alam anugerah Illahi semuanya berada disekeliling. Untuk ke rumah Allah pula, MasyaAllah semuanya berada disekeliling. Terdapat 12 Mukim di Balik Pulau, jarak antara satu masjid dengan masjid lain paling jauh ialah 1 km dan paling dekat 300 meter sahaja.(kalau ada masa saya akan muatkan dalam blog ini setiap mesjid yang ada di balik pulau)
Menyambung kembali keindahan anugerah Illahi ialah dari sudut pemandangannya, hal ini tidak dapat dinafikan sesiapa yang datang pertama kali ke Balik Pulau mengakui tidak puas untuk menikmati keunikan lanskap Illahi walaupun kedudukanya tidak jauh dari kesibukan Bandaraya George Town. Sejak tahun 2006 begitu ramai datang ingin menikmati pemandangan ada yang menetap terus dan ada pula yang datang sekali sekala mengikut kelapangan mereka. Orang ramai telah mula untuk menjauhkan diri dari kesibukan kota sehingga memberikan kesan harga rumah disini sekitar RM350K sehingga mencecah harga Jutaan Ringgit Malaysia." Mungkin ini adalah refleksi daripada kepimpinan pemerintah tanah air melahirkan rakyat yang maju dan mampu."
Kepada yang menetap disini mereka boleh dikatakan setiap hujung minggu akan memenuhi ruang lanskap Illahi untuk beriadah dan menikmati keindahan alam sama ada berjalan kaki, berjogging mahupun berbasikal. Bagi mereka yang tinggal diluar akan turut sama datang menikmati seperti penduduk tetap di sini. APA HENDAK SEMUA DAPAT.
Lihat sahaja foto dibawah anugerah yang diberikan oleh Illahi.
Lokasi : Kampong Perlis
Lokasi: Jalan Sungai Nipah, Balik Pulau
Lokasi : Sungai Burung
Lokasi: Pasir Panjang, Pulau Betong.
Berbasikal berehat seketika setelah mendaki bukit ke Pasir Panjang.
Hampir setiap hujung minggu aktiviti berbasikal mengelilingi pulau dan melalui Balik Pulau, Lokasi Jalan Sungai Burung.
Ketenangan saujana mata memandang. Lokasi Sungai Burung.
Catatan: Negeri Pulau Pinang telah melahirkan dua orang Timbalan Perdana Menteri dan Seorang Perdana Menteri, malang sekali rakyat peribumi masih lagi tidak terbela. Agaknya kuasa ekonomi di tanah air lebih kuat dari kuasa politik. Ataupun orang peribumi seronok melihat kemajuan dan pembangunan Kampong se mereka lalu tak berani bersuara. Macam Pak Kadok mungkin.
Saturday, February 5, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)









