Thursday, July 7, 2011

DEMAM KUNING

Kuning

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat warna Kuning
Heks triplet #FFFF00
RGBB (r, g, b) (255, 255, 0)
CMYKH (c, m, y, k) (0, 0, 100, 0)
HSV (h, s, v) (60°, 100%, 100%)
B: Dinormalkan kepada [0–255] (bait)
H: Dinormalkan kepada [0–100] (ratus)
Kuning ialah warna cahaya yang merangsang kedua-dua warna merah dan hijau sel-sel kon retina, tetapi bukan sel-sel kon biru. Cahaya dengan jarak gelombang 565-590 nanometer adalah kuning, walaupun cahaya komposit berfrekuensi kedua-dua merah dan hijau, seperti mencampurkan jingga dengan cahaya hijau pucuk pisang, atau merah dengan cahaya hijau, juga menghasilkan cahaya kuning. Cahaya kuning merupakan salah satu daripada warna-warna subtraktif yang utama, dan warna pelengkapnya, sebagaimana yang ditakrif oleh sains, ialah warna biru. Bagaimanapun, disebabkan ciri-ciri pigmen cat, para pengecat serta pelukis, secara tradisi, menganggap warna pelengkapnya sebagai warna ungu.
Sistem CMYK untuk pencetakan warna berdasarkan penggunaan empat dakwat, salah satu daripadanya ialah warna kuning. Warna kuning ini pada dirinya bukan warna piawai, walaupun julat dakwat-dakwat kuning yang digunakan adalah agak sempit.

Isi kandunganPelbagai warna kuning

Perkaitan dan penyataan

Warna kuning ialah warna yang terang dan riang yang sering dikaitkan dengan kebahagian dan keamanan. Kuning melambangkan kerabat diraja dalam banyak kebudayaan, termasuknya kebanyakan Asia Tenggara. Di negara China kuno, kuning merupakan salah satu daripada lima warna utama serta lambang untuk "Pusat" dan "Bumi". Maharaja legenda China yang pertama digelarkan "Maharaja Kuning" atau Huang Di (Tulisan Cina Tradisional: 黃帝, Tulisan Cina Ringkas: 黄帝). Oleh itu, kuning ialah lambang untuk Maharaja China. Orang biasa di China tidak dibenarkan menggunakan warna kuning sehingga zaman moden. Kini, warna kuning dikaitkan dengan kemakmuran di negara China.
Warna itu telah juga dipergunakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia dalam logonya untuk melambangkan "penawaraan perkhidmatan yang berkualiti (a golden service) kepada pelanggan". Begitu juga dengan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) yang menggunakan warna kuning untuk melambangkan "kebesaran dan kekuasaan raja yang memerintah, serta menunjukkan Johor sebagai sebuah negeri yang berdaulat. [Warna ini] juga melambangkan semangat MPJBT yang sentiasa berkobar dalam menjalankan tugas ke arah mencapai matlamat MPJBT."
Si Budak Kuning (The Yellow Kid)
Logo "Parti Baru" (New Party) Taiwan.
Dalam bahasa Inggeris, warna kuning telah dikaitkan secara tradisi dengan demam kuning jaundis dan sifat penakut. Dalam slanga bahasa Amerika Syarikat, seorang penakut digelarkan "yellowbellied" (berperut kuning) atau "yellow" (kuning). Oleh sebab ia seakan-akan warna emas dan logam berharga seperti emas dan gangsa, kuning telah dikaitkan dengan duit syiling dan bulion dalam bahasa Inggeris. "Yellow Movie" (filem kuning) bermaksud filem lucah, sedangkan "Yellow journalism" (akhbar kuning) merupakan kewartawanan sensasi yang memutarbalikkan, membesar-besarkan, ataupun mengeksploitasikan berita untuk keuntungan. Istilah itu berasal daripada surat khabar "Dunia New York" ("New York World") oleh Joseph Pulitzer dan "Jurnal Amerika Syarikat New York" ("New York Journal American") oleh William Randolph Hearst, yang melibatkan diri dalam pelaporan berita-berita sensasi pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, khususnya semasa Perang Sepanyol-Amerika. Istilah itu berasal daripada Si Budak Kuning ("The Yellow Kid"), sebuah komik berwarna, yang ditonjolkan dalam kedua-dua surat khabar tersebut.

Kerajaan dan politik

  • Gedung Kuning (Yellow Mansion) ialah Rumah Bendahara di Singapura yang dibina oleh Tengku Mahmud, salah seorang anak lelaki Sultan Ali pada separuh kedua abad ke-19. Namanya berasal daripada dinding-dindingnya yang dicat kuning terang untuk mengaitkan bangunan ini dengan istana Sultan Johor.
  • Ratu Kuning ialah Raja Perempuan Patani yang terakhir antara empat orang ratu berturut-turut pada Zaman Keemasan Patani. Ratu yang pertama ialah Ratu Hijau, diikuti oleh Ratu Biru, dan Ratu Ungu. Ratu Kuning ialah puteri kepada Ratu Ungu (tempoh pemerintahan: 1623-1635). Nama penuhnya H.H. Paduka Sri Raja Kuning binti al-Marhum al-Marhum Sultan 'Abdu'l Ghaffar Muhi ud-din Shah (nama Thailand: Phra Nang Chao Ying).
  • Di negara Filipina, warna kuning telah digunakan sebagai warna rasmi dengan penggunaan banyak konfeti kuning dalam perhimpunan-perhimpunan politik untuk menentangi kerajaan Ferdinand Marcos selepas pembunuhan Benigno Aquino di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila. Pembunuhan itu telah disyaki oleh kebanyakan rakyat Filipina sebagai perbuatan kerajaan.
  • Kuning ialah warna untuk Parti Baru di Republik China (Taiwan) yang menyokong Penyatuan semula Cina. Semua pensel dicat dengan warna kuning untuk mengaitkan dengan negara China di mana grafit yang terbaik boleh didapati; sebelum itu, hanya pensel yang menggunakan grafit China dicat dengan warna kuning.
  • Di Amerika Syarikat, Demokrat Anjing Kuning merujuk kepada pengundi negeri-negeri Amerika Syarikat Selatan yang sentiasa mengundi calon-calon Demokrat pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Mereka berbuat demikian disebabkan rasa geram yang masih ada terhadap Parti Republikan yang bermula sejak Perang Saudara Amerika dan tempoh "Pembinaan Semula". Kini, istilah itu digunakan untuk penyokong tegar untuk "anjing kuning" ataupun calon Parti Demokrat.
  • Di Negara Brunei Darussalam, Kuning melambangkan warna Diraja pada masa dahulu sehingga kini. Seperti warna kuning emas ia merupakan lambang kehormatan dan kedaulatan seseorang Raja. Jika ada berlangsungnya Adat-Istiadat Diraja, maka orang biasa atau rakyat jelata dilarang untuk memakai atau menggunakan warna kuning.

Keetnikan

Penduduk-penduduk serta orang-orang yang berketurunan Asia kekadang dirujuk oleh orang Barat sebagai bangsa-bangsa berkulit kuning sebagai metafora warna ras. Pada abad ke-20 di Amerika Syarikat, pendatang-pendatang dari negara China dan Asia Timur dirujuk dengan penghinaan sebagai "bahaya kuning".

Pengangkutan

Di sebilangan negara, teksi biasanya dicat dengan warna kuning. Amalan ini berasal dari Chicago, sewaktu usahawan teksi, John Hertz, mempergunakan warna kuning untuk teksi-teksinya selepas sebuah kajian Universiti Chicago menunjukkan bahawa kuning ialah warna yang paling nyata dari jauh.
Di Kanada dan Amerika Syarikat, hampir seluruh bas sekolah dicat dengan warna kuning (sering dirujuk sebagai warna "kuning bas sekolah") untuk tujuan keterlihatan dan keselamatan. Pengendali-pengendali bas, seperti FirstGroup, juga memperkenalkan konsep ini di United Kingdom. "Kuning Caterpillar" dan "kuning keterlihatan tinggi" dipergunakan untuk kelengkapan pembinaan lebuh raya.
Dalam peraturan-peraturan lebuh raya, kuning ialah warna lampu isyarat yang bermaksud "memperlahankan", "awas", atau "kurangkan kelajuan di hadapan". Warna ini ialah warna pertengahan antara warna hijau (jalan) dengan warnah merah (berhenti). Dalam isyarat kereta api, kuning sering digunakan untuk isyarat dari jauh sebagai amaran atau mengurangkan laju. Banyak landasan transit aliran ringan dan alihan laju untuk pengangkutan awam mempunyai garis kuning.

Sukan

  • Dalam bola sepak, pengadil menggunakan kad kuning untuk menunjukkan bahawa seorang pemain telah diberikan amaran yang rasmi.
  • Dalam permainan ragbi, seorang pengadil akan menunjukkan kad kuning untuk menunjukkan bahawa seorang pemain telah digantung daripada permainan buat sepuluh minit sebagai penalti.
  • Dalam perlumbaan kereta, bendera kuning menunjukkan "Awas!" Kereta-kereta tidak boleh memotong di bawah bendera kuning.
  • Dalam perlumbaan basikal, jersi kuning (bahasa Perancis: maillot jaune) dianugerahkan kepada pemenang perlumbaan. Tradisi itu berasal daripada pertandingan Tour de France yang ditajai oleh surat khabar sukan, L'Auto (kemudian ditukarkan nama menjadi L'Équipe), yang menggunakan kertas akhbar kuning tersendiri untuk terbitan-terbitannya.
  • Kuning ialah warna untuk bola snuker yang mempunyai nilai dua mata.

Lain-lain

  • Halaman kuning ialah bahagian buku panduan telefon atau direktori telefon dalam talian yang menyenaraikan nombor-nombor telefon syarikat perniagaan mengikut kategori. Halaman kuning dinamai berdasarkan kertas warna yang dicetakkan dalam buku panduan telefon untuk membezakan halaman-halaman itu daripada senarai-senarai yang biasa.
  • "Buku Kuning" ialah direktori khusus yang diterbitkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Johor untuk usahawan-usahawan bumiputera negeri Johor. Tujuan buku itu adalah "untuk mengadakan direktori disamping mempromosikan usahawan bumiputera dalam semua sektor Perdagangan".
  • Dalam budaya Arab, terdapatnya frasa "senyuman kuning" yang bermaksud "senyuman dibuat-buat". Senyuman kuning digunakan sewaktu seseorang hendak menyembunyikan minat yang kurang, ketakutan, atau sebarang emosi yang hendak disembunyikan. Senyuman ini kekadang juga dipergunakan sebagai jenaka, melalui senjaga membuat "senyuman dibuat-buat" sewaktu seseorang menceritakan jenaka yang tak lucu, atau sewaktu mencuba membuat orang lain ketawa terhadap sesuatu yang mereka tidak berasa lucu.
  • Terdapatnya frasa bahasa Perancis, "rire jaune" ("ketawa kuning") yang dapat diterjemahkan sebagai "ketawa kosong", iaitu ketawa sewaktu anda tidak berasa sesuatu jenaka yang diceritakan adalah lucu, atau sewaktu jenaka itu ditujui terhadap anda.
  • Dalam bahasa Itali, "kuning" ataupun "giallo", merujuk kepada buku misteri, filem misteri, atau pertunjukan misteri dalam televisyen. Perkaitan dengan warna kuning disebabkan tulang belakang buku-buku untuk novel misteri berwarna kuning.
  • Peribahasa Melayu:
    • "Kuning oleh kunyit, hitam oleh arang" bermakna mudah terpengaruh oleh hasutan atau puji-pujian.
    • "Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan" bermakna mengharapkan keuntungan besar yang belum tentu lagi, keuntungan kecil yang telah pasti dilepaskan.
  • Ayat "Padinya sedang kuning menantikan masa untuk dituai" bermakna padi itu mulai masak.
  • Pada pertengahan abad ke-20, "kuning" ialah slanga drug Amerika Syarikat untuk Nembutal, sejenis pil barbiturat yang berwarna kuning.
  • Warna kuning dipergunakan untuk jalur pergelangan tangan Livestrong yang dicipta oleh oleh Lance Armstrong, seorang pelumba basikal dan penakat penyakit barah, untuk membantu mangsa-mangsa dan penakat-penakat barah.
  • Skuadron Kuning untuk Ace Combat 4 ialah sepasukan skuadron juruterbang kapal terbang pejuang elit.
  • Dalam Angkatan Tentera Darat Amerika Syarikat, kuning dipergunakan sebagai warna untuk pasukan askar berkuda.
  • Kuning ialah nama untuk sistem kabel telekomunikasi kapal selam yang juga digelarkan AC-2.
  • Kuningan bermaksud tembaga kuning.

Nama-nama yang menggunakan perkataan "kuning"

Geografi

Beberapa nama tempat merujuk kepada warna kuning:
Malaysia
Negara-negara lain

Biologi

Tumbuhan
Burung Yellow-breasted Chat (terjemahan harfiah: Burung Sembang Berdada Kuning
Burung Yellowhammer (terjemahan harfiah: Burung Tukul Kuning)
Burung Yellowthroat (terjemahan harfiah: Burung Kerongkong Kuning)
Haiwan

Makanan

Pigmen-pigmen kuning


Catitan : Sumber Wikikpedea.

Monday, June 13, 2011

Reviews & Critics: Bangsawan Theater: Mestika Bumi

Reviews & Critics: Bangsawan Theater: Mestika Bumi: "Bangsawan is a form of classic musical/melo-drama theater and a type of “traditional” Malay Opera. It was originated from a sort of Indian ..."

Monday, May 30, 2011

TERIMA KASIH PADA KEREJAAN

Pada 1 Jun yang mendatang seluruh rakyat Malaysia akan di hadiahkan sesuatu yang begitu berharga iaitu tariff eletrik telah mendapat kelulusan kabinet mencecah pertambahan 7%. Nampaknya aku terpaksa menambah RM14 untuk perbelanjaan eletrikku. Terima kasih juga kerana harga gula juga telah naik 20sen.  Sebagai hadiah yang paling lumayan kepada seluruh warganegara kita semua akan menikmati nilai tambah harga yang baru pada setiap transaksi kelak. Percayalah.  


- Pada tahun 30an orang tua ku kata bawa 1 sen dah cukup untuk belanja ke sekolah.
- Pada tahun 70an di Sekolah rendah aku diberi belanja 20sen dan 50sen di sekolah menengah.
- Pada tahun 2004-2011 anak aku berbelanja RM 2.00 sehari di Sekolah Rendah dan berbelanja RM5.00 
   di Sekolah Menengah.


Ini ialah nilai tambah kemajuan yang dinikmati oleh seluruh warga kerana dah hidup mewah.
Tak lama lagi rasanya nilai Jutaan Ringgit akan menjadi satu yang biasa pada rakyat biasa seperti mana di negara jiran.


Kecil-kecil menjadi kawan.

Terima Kasih pada Kerejaan kerana telah menaikan pendapatan dan menambahkan perbelanjaan.

Bangsawan Melayu : Peranan Pawang Negara

Salah satu daripada ciri-ciri utama di dalam pemenrintahan raja-raja bangsawan Melayu ialah peranan mereka yang dikatakan mempunyai kuasa paranormal. Antara nama dan gelaran yang diberikan seperti: Ahli Nujum Negara dan juga Pawang Negara. Bangsawan Mestika Bumi tidak ketinggalan memasukan unsur ini di dalam ceritanya.

Sunday, May 29, 2011

BANGSWAN MESTIKA BUMI : APA YANG AKU PERHATIKAN ANTARA PELAKON, PENGARAH ,PEKERJA ARTISTIK, PEKERJA TEKNIKAL DAN NASKAH (BAHAGIAN KEDUA)

Sambungan bahagian pertama.  Setelah didapati waktu persembahan melebihi 2 jam, pihak penganjur kata tak menjadi masalah kerana persembahan ini menarik.  Maka pada 20 Mei tirai Seri Bangswan USM pun dibuka bersama kehadiran ¾ panggung penuh.  Setelah juruacara (INTAN) mengumumkan persembahan akan bermula, maka muncullah TAUKEY Bangsawan yang bergelar MAMAK PUSHEE dengan member sedikit warm-up  kepada penonton. Wow hebat sekali saudara YUSUF BAKAR  secara bersahaja menerangkan peraturan menonton persembahan tidak secara langsung telah menjadi sebahagian daripada persembahan hingga penonton begitu terhibur.  Bermula daripada ini pada setiap adegan dan tengah-tengah adegan penonton sentiasa memberikan tepukan.


Dato'Prof Mohamad Ghouse sebagai Maharaja Kayangan sedang memberikan nasihat pada kedua puterinya.




Saudara Yusuf Bakar sebagai Taukey Bangsawan dengan penuh bersahaja.


Yess!!!!  respon penonton telah memberikan satu aliran tenaga kepada anak-anak wayang, maka hasilnya pada malam pertama ini persembahan menjadi begitu mantap.  Sehinggakan ada yang mengalirkan air mata pada tingkah laku LAPOK dan KERING bukan kerana bersedih tetapi aksi lucu mereka.  Ini telah ditunjukan oleh bermula di Balai Rong Seri, apabila tiba di Kampong Permatang Timbul gelagat mereka bermain YAPOLO bersama Darsa Alam begitu juga aksi mereka cuba menggoda Puteri Mestika Bumi telah menjadikan Panggung begitu gamat.

Selepas persembahan seramai 15 orang pelajar-pelajar dari kolej One Academy yang di bawa bersama oleh Alumni Panggung Sasaran Mr. Andy Ee Kim Tiong  telah dibawa ke belakang pentas bertemu dengan anak-anak wayang.  Bagi mereka ini kali pertama menonton bangswan dan bangsawan tiada di dalam perbendaharaan kata minda mereka sebelum ini, secara jujur mereka mengatakan persembahan ini amat menghiburkan di perkuatkan dengan mutu lakonan, iringan muzik yang bertenaga, set yang begitu impressive , spectacular secara manual dan juga gabungan penyampaian emosi begitu lengkap diadun dengan serius, komidi, romantic, saspen dan sedih.  Menurut mereka pada malam berikutnya akan memaksa orang tua mereka dan rakan-rakan lain menonton persembahan ini.
Pada 21 Mei persembahan ini bertembung dengan acara Citrawarna yang dianjurkan oleh pihak pemerentah bersebelahan dengan panggung bandaraya, iaitu Dataran Meredeka.  Pada awal petang hujan begitu lebat. Seiring dengan waktu itu di Dataran Meredeka orang bersuka ria, dia tas Panggung Bandaraya penonton terhibur rasa manakala di Hulu Langat tragedy tanah runtuh telah mengorbankan 16 nyawa.  Ini semua telah ditentukan sebagai satu peringatan untuk manusia dari Allah SWT. 

Berbalik semula persembahan di malam kedua, pada malam mini penonton masih lagi memenuhi ¾ panggung tetapi lebih serius dan lebih focus.  Begitu juga dengan anak-anak wayang .  Ini dilihat walaupun keadaan diluar begitu gamat bunyi letusan bunga api, mereka (penonton) tidak menghiraukan keadaan itu, tumpuan hanya pada persembahan . (Ini berkemungkinan budaya menonton teater telah terdidik di Lembah Kelang. Syabas) Bagi anak-anak wayang mereka juga begitu focus pada adegan tidak menghiraukan letusan bunga api di luar . (Syabas pada USM telah membentuk pelakon yang berwibawa)
Mestika Bumi bersama-sama di dalam Citrawarna 2011

Pada malam ketiga hari terakhir. Malam ini tiada lagi bertembung dengan Citrawarna. Pada Malam itu terdapat beberapa orang tetamu kehormat datang menonton: antaranya TKP JKKN , Tuan Haji Yusuff Ishak dari DBP dan Timb. Pendaftar USM En. Mohamad Abdullah pun datang menonton.  Pada malam aku melihat kebanyakan anak-anak wayang ingin all out menampilkan aksi mereka. Ternyata benar ada aksi-aksi yang tidak diarahkan dan dialog yang tidak sepatutnya diucapkan pada tempatnya telah dijelmakan. Aku rasa  Sang Sutradara tepuk dahi.  Telah timbul apa yang orang kata  Play with the gallery iaitu cuba menarik perhatian penonton bahawa mereka itu hebat, tapi agak malang tindak tanduk mereka tidak dipedulikan oleh penonton.  Bagi aku ini adalah bahayanya pada pelakon-pelakon baru yang membawa peranan kecil  tetapi ingin menonjolkan diri pada tempat yang tidak sepatutnya dan ia sedikit sebanyak telah mencacatkan persembahan.  Nasib baik anak-anak wayang lain tidak turut sama berjangkit pada virus ini.


Antara duka dan air mata, perpisahan yang tidak direlakan. Kenapa merah menjadi latar ya?


Dua insan yang penting satu di Lembah Kelang dan satu di Utara.

Selepas menonton En. Mohd Abdullah secara jujur mengucapkan tahniah pada produksi dan dia amat tertarik dengan set yang begitu mengkagumkan (Tahniah Roslan Chin dan rakan2) namun dia memberikan sedikit komen secara jujur antaranya:
1.       Terdapat dialog yang tidak tepat untuk bahasa istana. Seperti Titah bukan cakap dan bukan bicara.
2.       Durasi zaman yang panjang tidak mempengaruhi umur dan fizikal watak , terutama watak yang berada di bumi.
3.       Kesinambungan Kewarasan lebih tinggi dari perasan tidak ditegaskan pada akhir cerita.
Ini saja komen dari beliau. Aku tidak mahu menjawab komen itu sebab itu adalah pandangan jujur dari beliau. Anda pula bagaimana.

Bloger:
Terima kasih pada Dr.Aris yang sama-sama meluankan waktu bersama menonton Mestika Bumi. Terima kasih pada rakan lamaku Mr. Goh Lin Yu yang sama-sama memberi sokongan . Kepada Rosley Mansor, Zahari dan Silahudin dan juga Pak Razak yang datang dari Raub semata-mata untuk menonton Mestika Bumi.  Terima kasih.

Malam itu aku menantikan juga kehadiran mereka(anak-anak Bangswan USM yang lepas) yang telah menyambung pengajian di peringkat Phd dan juga Master di Lembah Klang tapi tak kunjung tiba.  Agaknya mereka sibuk.

Saturday, May 28, 2011

BANGSWAN MESTIKA BUMI : APA YANG AKU PERHATIKAN ANTARA PELAKON, PENGARAH ,PEKERJA ARTISTIK, PEKERJA TEKNIKAL DAN NASKAH (BAHAGIAN PERTAMA)

Giliran Seri Bangswan USM  di dalam program Semarak Bangswan 2011 telah  dilaksanakan dengan jayanya pada 20-22 Mei lepas bertempat di Panggung  Bandaraya DBKL . Sebelum aku meneruskan pandangan ini aku mengambil kesempatan pada seluruh tenaga produksi yang telah Berjaya melaksanakan tugas mereka demi memartabatkan USM sebagai Lubuk teater yang telah melahirkan ramai tokoh teater tanah air yang tersohor hingga hari ini..  Tahniah kepada sang sutradara bekerja di dalam penuh kesabaran atas tingkah laku dan karenah anak-anak lakon yang cuba mentafsirkan watak hingga membentuk perwatakan mereka.  Tahniah kepada pelakon yang sedaya upaya menjelmakan lakonan mereka di dalam dunia ciptaan pentas dan tahniah pada Penata Artistik saudara Roslan Chin yang telah Berjaya mewarnakan dan menghidupkan satu dunia di atas pentas. Tahniah juga kepada saudaraku Abdul Malik Ismail yang telah Berjaya mencorakan irama diatas pentas bagi menimbulkan suasana begitu dramatik. Sekalung tahniah untuk semua.  Tugas ini bukanlah dipikul oleh seorang individu malah dipikul secara berasama-sama demi memenuhi citara penonton dan cita rasa pihak penganjur.  Kalau dilihat komen secara umu sama ada di dalam blog ataupun orang persaorangan mahupun akhbar secara majoritinya persembahan ini amat menghiburkan.

Aku sepanjang enamt malam aku duduk di tempat yang sama sambil memerhatikan bagaimana persembahan dibawa dengan seriusnya oleh anak-anak wayang bangswan.   Apa yang aku tulis ini, bagaimana aku melihat proses berjalan dari hari ke hari.  Aku cuba untuk tidak prejudis di dalam tulisan ini. Aku cuba meletakan diriku sebagai orang yang berada di luar produksi , sebagai orang biasa yang hanya faham teater sikit-sikit.  Aku mohon kemaafan terlebih dahulu pada rakan-rakan sekiranya tulisan ini menyentuh hati.  Tanpa berlengah masa dengan mukadimah yang panjang aku mulakan ya:

17 Mei jam 3 petang rombongan anak wayang telah tiba di Kuala Lumpur.  Saudara Roslan Chin mengepalai anak-anak buahnya untuk upload barang dan mendirikan set dan segala bentuk aspek teknikal.  Pada hari itu anak-anak wayang di tempatkan di Hotel MAYC dan juga Hotel Swiss.  17 Mei jam 9.00 malam latihan diadakan di  Hotel MAYC begitu juga pada pagi 18Mei.   Pada petang 18 Mei jam 6 petang semua anak-anak wayang telah berkumpul untuk bersiap sedia naik ke pentas begitu juga dengan ahli muzik.  Waktu ini memang amat mengujakan keseluruhan anak-anak wayang kerana TV3 membuat rakaman awal yang mana pada pagi 19 Mei esoknya Pengarah, Lapok,Kering,Mestika Bumi dan Darsa Alam akan berada di Seri Pentas TV3 untuk mengisi program MHI.  Berbalik pada waktu rakaman oleh TV3 pada malam itu semua anak-anak wayang termasuk krew berlakon dengan bersungguh-sungguh begitu juga aku (shhhhh…) yalah esoknya gambar ini akan disiarkan di TV 3.


Foto: Darsa Alam bertemu kembali dengan Mestika Bumi.

Pada 19Meitepat jam 7.30pagi mereka semua berada di Seri Pentas untuk menunjukan aksi dan diwawancara. Manakala yang tidak pergi duduk pagi-pagi mengadap TV. Semua puas hati kerana setiap individu wajah anak-anak wayang Mestika Bumi tertera di layar kaca.  Lepas itu hebohlah satu Malaya.  Pada sebelah malam 19mei ialah full dress rehearsal , pada waktu ini pihak penganjur ada bersama-sama sebagai pemerhati.   Syarat utama persembahan ialah 90minit tetapi Mestika Bumi telah melampaui waktu syarat 120 minit,  Bersambung Bahagian 2.

Bloger: Terima kasih pada rakan-rakan alumni Panggung Sasaran yang sama-sama memberikan sokongan moral pada Malam itu, Rosnan Nordin, Rosnan Abdul Rahman, Shaz, Zulkornain Ramli, Amar dan Milyana. (yang lain tak nampak lagi mungkin mereka datang malam esok kot.)

Saturday, May 7, 2011

KISAH BANGSAWAN MESTIKA BUMI

Persembahan : SEMARAK BANGSAWAN 2011
Tajuk :              MESTIKA BUMI
Tempat :           PANGGUNG DBKL
Tarikh:             20-22 MEI 2011
Masa :              8.30 Malam


Bangsawan Mestika Bumi merupakan adaptasi daripada kisah Bangsawan Jula Juli Bintang 3 oleh Halimi M.N. Mengisahkan tentang Maharaja Darsa Alam yang baru ditabalkan menjadi Raja Kerajaan Zamin Tauran, telah kehilangan cincin Mestika Bumi, lambang kebesaran negara.

Cincin berkenaan telah jatuh ke dalam tasik dan baginda bertegas tidak akan meninggalkan tasik berkenaan sehinggalah cincin berkenaan ditemui. Akhirnya, cincin itu telah dipulangkan oleh seorang wanita cantik yang muncul di tasik itu. Maharaja Darsa Alam kemudian mengahwini wanita berkenaan, dengan syarat baginda bersumpah tidak sesekali bertanya nama atau asal-usul beliau.

Selang beberapa tahun, semasa pertabalan Putera Mahkota, dua orang kampung telah mengadap Maharaja dan mengadu tentang pertengkaran mereka. Mereka bertengkar tentang asal-usul Permaisuri dan perkara itu telah menyebabkan Maharaja Darsa Alam turut terdesak dan melanggar sumpahnya dengan menanyakan asal-usul Permaisurinya. Akibatnya, Permaisuri baginda terpaksa pulang ke kayangan manakala Maharaja Darsa Alam pula disumpah menjadi gergasi ketika pergi mencari Permaisurinya.

Dapatkah Putera Mahkota menyatukan kembali Maharaja Darsa Alam dan Permaisurinya serta mematahkan sumpah gergasi ayahandanya. Sama-sama kita saksikan Bangsawan Mestika Bumi.