Monday, May 30, 2011

TERIMA KASIH PADA KEREJAAN

Pada 1 Jun yang mendatang seluruh rakyat Malaysia akan di hadiahkan sesuatu yang begitu berharga iaitu tariff eletrik telah mendapat kelulusan kabinet mencecah pertambahan 7%. Nampaknya aku terpaksa menambah RM14 untuk perbelanjaan eletrikku. Terima kasih juga kerana harga gula juga telah naik 20sen.  Sebagai hadiah yang paling lumayan kepada seluruh warganegara kita semua akan menikmati nilai tambah harga yang baru pada setiap transaksi kelak. Percayalah.  


- Pada tahun 30an orang tua ku kata bawa 1 sen dah cukup untuk belanja ke sekolah.
- Pada tahun 70an di Sekolah rendah aku diberi belanja 20sen dan 50sen di sekolah menengah.
- Pada tahun 2004-2011 anak aku berbelanja RM 2.00 sehari di Sekolah Rendah dan berbelanja RM5.00 
   di Sekolah Menengah.


Ini ialah nilai tambah kemajuan yang dinikmati oleh seluruh warga kerana dah hidup mewah.
Tak lama lagi rasanya nilai Jutaan Ringgit akan menjadi satu yang biasa pada rakyat biasa seperti mana di negara jiran.


Kecil-kecil menjadi kawan.

Terima Kasih pada Kerejaan kerana telah menaikan pendapatan dan menambahkan perbelanjaan.

Bangsawan Melayu : Peranan Pawang Negara

Salah satu daripada ciri-ciri utama di dalam pemenrintahan raja-raja bangsawan Melayu ialah peranan mereka yang dikatakan mempunyai kuasa paranormal. Antara nama dan gelaran yang diberikan seperti: Ahli Nujum Negara dan juga Pawang Negara. Bangsawan Mestika Bumi tidak ketinggalan memasukan unsur ini di dalam ceritanya.

Sunday, May 29, 2011

BANGSWAN MESTIKA BUMI : APA YANG AKU PERHATIKAN ANTARA PELAKON, PENGARAH ,PEKERJA ARTISTIK, PEKERJA TEKNIKAL DAN NASKAH (BAHAGIAN KEDUA)

Sambungan bahagian pertama.  Setelah didapati waktu persembahan melebihi 2 jam, pihak penganjur kata tak menjadi masalah kerana persembahan ini menarik.  Maka pada 20 Mei tirai Seri Bangswan USM pun dibuka bersama kehadiran ¾ panggung penuh.  Setelah juruacara (INTAN) mengumumkan persembahan akan bermula, maka muncullah TAUKEY Bangsawan yang bergelar MAMAK PUSHEE dengan member sedikit warm-up  kepada penonton. Wow hebat sekali saudara YUSUF BAKAR  secara bersahaja menerangkan peraturan menonton persembahan tidak secara langsung telah menjadi sebahagian daripada persembahan hingga penonton begitu terhibur.  Bermula daripada ini pada setiap adegan dan tengah-tengah adegan penonton sentiasa memberikan tepukan.


Dato'Prof Mohamad Ghouse sebagai Maharaja Kayangan sedang memberikan nasihat pada kedua puterinya.




Saudara Yusuf Bakar sebagai Taukey Bangsawan dengan penuh bersahaja.


Yess!!!!  respon penonton telah memberikan satu aliran tenaga kepada anak-anak wayang, maka hasilnya pada malam pertama ini persembahan menjadi begitu mantap.  Sehinggakan ada yang mengalirkan air mata pada tingkah laku LAPOK dan KERING bukan kerana bersedih tetapi aksi lucu mereka.  Ini telah ditunjukan oleh bermula di Balai Rong Seri, apabila tiba di Kampong Permatang Timbul gelagat mereka bermain YAPOLO bersama Darsa Alam begitu juga aksi mereka cuba menggoda Puteri Mestika Bumi telah menjadikan Panggung begitu gamat.

Selepas persembahan seramai 15 orang pelajar-pelajar dari kolej One Academy yang di bawa bersama oleh Alumni Panggung Sasaran Mr. Andy Ee Kim Tiong  telah dibawa ke belakang pentas bertemu dengan anak-anak wayang.  Bagi mereka ini kali pertama menonton bangswan dan bangsawan tiada di dalam perbendaharaan kata minda mereka sebelum ini, secara jujur mereka mengatakan persembahan ini amat menghiburkan di perkuatkan dengan mutu lakonan, iringan muzik yang bertenaga, set yang begitu impressive , spectacular secara manual dan juga gabungan penyampaian emosi begitu lengkap diadun dengan serius, komidi, romantic, saspen dan sedih.  Menurut mereka pada malam berikutnya akan memaksa orang tua mereka dan rakan-rakan lain menonton persembahan ini.
Pada 21 Mei persembahan ini bertembung dengan acara Citrawarna yang dianjurkan oleh pihak pemerentah bersebelahan dengan panggung bandaraya, iaitu Dataran Meredeka.  Pada awal petang hujan begitu lebat. Seiring dengan waktu itu di Dataran Meredeka orang bersuka ria, dia tas Panggung Bandaraya penonton terhibur rasa manakala di Hulu Langat tragedy tanah runtuh telah mengorbankan 16 nyawa.  Ini semua telah ditentukan sebagai satu peringatan untuk manusia dari Allah SWT. 

Berbalik semula persembahan di malam kedua, pada malam mini penonton masih lagi memenuhi ¾ panggung tetapi lebih serius dan lebih focus.  Begitu juga dengan anak-anak wayang .  Ini dilihat walaupun keadaan diluar begitu gamat bunyi letusan bunga api, mereka (penonton) tidak menghiraukan keadaan itu, tumpuan hanya pada persembahan . (Ini berkemungkinan budaya menonton teater telah terdidik di Lembah Kelang. Syabas) Bagi anak-anak wayang mereka juga begitu focus pada adegan tidak menghiraukan letusan bunga api di luar . (Syabas pada USM telah membentuk pelakon yang berwibawa)
Mestika Bumi bersama-sama di dalam Citrawarna 2011

Pada malam ketiga hari terakhir. Malam ini tiada lagi bertembung dengan Citrawarna. Pada Malam itu terdapat beberapa orang tetamu kehormat datang menonton: antaranya TKP JKKN , Tuan Haji Yusuff Ishak dari DBP dan Timb. Pendaftar USM En. Mohamad Abdullah pun datang menonton.  Pada malam aku melihat kebanyakan anak-anak wayang ingin all out menampilkan aksi mereka. Ternyata benar ada aksi-aksi yang tidak diarahkan dan dialog yang tidak sepatutnya diucapkan pada tempatnya telah dijelmakan. Aku rasa  Sang Sutradara tepuk dahi.  Telah timbul apa yang orang kata  Play with the gallery iaitu cuba menarik perhatian penonton bahawa mereka itu hebat, tapi agak malang tindak tanduk mereka tidak dipedulikan oleh penonton.  Bagi aku ini adalah bahayanya pada pelakon-pelakon baru yang membawa peranan kecil  tetapi ingin menonjolkan diri pada tempat yang tidak sepatutnya dan ia sedikit sebanyak telah mencacatkan persembahan.  Nasib baik anak-anak wayang lain tidak turut sama berjangkit pada virus ini.


Antara duka dan air mata, perpisahan yang tidak direlakan. Kenapa merah menjadi latar ya?


Dua insan yang penting satu di Lembah Kelang dan satu di Utara.

Selepas menonton En. Mohd Abdullah secara jujur mengucapkan tahniah pada produksi dan dia amat tertarik dengan set yang begitu mengkagumkan (Tahniah Roslan Chin dan rakan2) namun dia memberikan sedikit komen secara jujur antaranya:
1.       Terdapat dialog yang tidak tepat untuk bahasa istana. Seperti Titah bukan cakap dan bukan bicara.
2.       Durasi zaman yang panjang tidak mempengaruhi umur dan fizikal watak , terutama watak yang berada di bumi.
3.       Kesinambungan Kewarasan lebih tinggi dari perasan tidak ditegaskan pada akhir cerita.
Ini saja komen dari beliau. Aku tidak mahu menjawab komen itu sebab itu adalah pandangan jujur dari beliau. Anda pula bagaimana.

Bloger:
Terima kasih pada Dr.Aris yang sama-sama meluankan waktu bersama menonton Mestika Bumi. Terima kasih pada rakan lamaku Mr. Goh Lin Yu yang sama-sama memberi sokongan . Kepada Rosley Mansor, Zahari dan Silahudin dan juga Pak Razak yang datang dari Raub semata-mata untuk menonton Mestika Bumi.  Terima kasih.

Malam itu aku menantikan juga kehadiran mereka(anak-anak Bangswan USM yang lepas) yang telah menyambung pengajian di peringkat Phd dan juga Master di Lembah Klang tapi tak kunjung tiba.  Agaknya mereka sibuk.

Saturday, May 28, 2011

BANGSWAN MESTIKA BUMI : APA YANG AKU PERHATIKAN ANTARA PELAKON, PENGARAH ,PEKERJA ARTISTIK, PEKERJA TEKNIKAL DAN NASKAH (BAHAGIAN PERTAMA)

Giliran Seri Bangswan USM  di dalam program Semarak Bangswan 2011 telah  dilaksanakan dengan jayanya pada 20-22 Mei lepas bertempat di Panggung  Bandaraya DBKL . Sebelum aku meneruskan pandangan ini aku mengambil kesempatan pada seluruh tenaga produksi yang telah Berjaya melaksanakan tugas mereka demi memartabatkan USM sebagai Lubuk teater yang telah melahirkan ramai tokoh teater tanah air yang tersohor hingga hari ini..  Tahniah kepada sang sutradara bekerja di dalam penuh kesabaran atas tingkah laku dan karenah anak-anak lakon yang cuba mentafsirkan watak hingga membentuk perwatakan mereka.  Tahniah kepada pelakon yang sedaya upaya menjelmakan lakonan mereka di dalam dunia ciptaan pentas dan tahniah pada Penata Artistik saudara Roslan Chin yang telah Berjaya mewarnakan dan menghidupkan satu dunia di atas pentas. Tahniah juga kepada saudaraku Abdul Malik Ismail yang telah Berjaya mencorakan irama diatas pentas bagi menimbulkan suasana begitu dramatik. Sekalung tahniah untuk semua.  Tugas ini bukanlah dipikul oleh seorang individu malah dipikul secara berasama-sama demi memenuhi citara penonton dan cita rasa pihak penganjur.  Kalau dilihat komen secara umu sama ada di dalam blog ataupun orang persaorangan mahupun akhbar secara majoritinya persembahan ini amat menghiburkan.

Aku sepanjang enamt malam aku duduk di tempat yang sama sambil memerhatikan bagaimana persembahan dibawa dengan seriusnya oleh anak-anak wayang bangswan.   Apa yang aku tulis ini, bagaimana aku melihat proses berjalan dari hari ke hari.  Aku cuba untuk tidak prejudis di dalam tulisan ini. Aku cuba meletakan diriku sebagai orang yang berada di luar produksi , sebagai orang biasa yang hanya faham teater sikit-sikit.  Aku mohon kemaafan terlebih dahulu pada rakan-rakan sekiranya tulisan ini menyentuh hati.  Tanpa berlengah masa dengan mukadimah yang panjang aku mulakan ya:

17 Mei jam 3 petang rombongan anak wayang telah tiba di Kuala Lumpur.  Saudara Roslan Chin mengepalai anak-anak buahnya untuk upload barang dan mendirikan set dan segala bentuk aspek teknikal.  Pada hari itu anak-anak wayang di tempatkan di Hotel MAYC dan juga Hotel Swiss.  17 Mei jam 9.00 malam latihan diadakan di  Hotel MAYC begitu juga pada pagi 18Mei.   Pada petang 18 Mei jam 6 petang semua anak-anak wayang telah berkumpul untuk bersiap sedia naik ke pentas begitu juga dengan ahli muzik.  Waktu ini memang amat mengujakan keseluruhan anak-anak wayang kerana TV3 membuat rakaman awal yang mana pada pagi 19 Mei esoknya Pengarah, Lapok,Kering,Mestika Bumi dan Darsa Alam akan berada di Seri Pentas TV3 untuk mengisi program MHI.  Berbalik pada waktu rakaman oleh TV3 pada malam itu semua anak-anak wayang termasuk krew berlakon dengan bersungguh-sungguh begitu juga aku (shhhhh…) yalah esoknya gambar ini akan disiarkan di TV 3.


Foto: Darsa Alam bertemu kembali dengan Mestika Bumi.

Pada 19Meitepat jam 7.30pagi mereka semua berada di Seri Pentas untuk menunjukan aksi dan diwawancara. Manakala yang tidak pergi duduk pagi-pagi mengadap TV. Semua puas hati kerana setiap individu wajah anak-anak wayang Mestika Bumi tertera di layar kaca.  Lepas itu hebohlah satu Malaya.  Pada sebelah malam 19mei ialah full dress rehearsal , pada waktu ini pihak penganjur ada bersama-sama sebagai pemerhati.   Syarat utama persembahan ialah 90minit tetapi Mestika Bumi telah melampaui waktu syarat 120 minit,  Bersambung Bahagian 2.

Bloger: Terima kasih pada rakan-rakan alumni Panggung Sasaran yang sama-sama memberikan sokongan moral pada Malam itu, Rosnan Nordin, Rosnan Abdul Rahman, Shaz, Zulkornain Ramli, Amar dan Milyana. (yang lain tak nampak lagi mungkin mereka datang malam esok kot.)

Saturday, May 7, 2011

KISAH BANGSAWAN MESTIKA BUMI

Persembahan : SEMARAK BANGSAWAN 2011
Tajuk :              MESTIKA BUMI
Tempat :           PANGGUNG DBKL
Tarikh:             20-22 MEI 2011
Masa :              8.30 Malam


Bangsawan Mestika Bumi merupakan adaptasi daripada kisah Bangsawan Jula Juli Bintang 3 oleh Halimi M.N. Mengisahkan tentang Maharaja Darsa Alam yang baru ditabalkan menjadi Raja Kerajaan Zamin Tauran, telah kehilangan cincin Mestika Bumi, lambang kebesaran negara.

Cincin berkenaan telah jatuh ke dalam tasik dan baginda bertegas tidak akan meninggalkan tasik berkenaan sehinggalah cincin berkenaan ditemui. Akhirnya, cincin itu telah dipulangkan oleh seorang wanita cantik yang muncul di tasik itu. Maharaja Darsa Alam kemudian mengahwini wanita berkenaan, dengan syarat baginda bersumpah tidak sesekali bertanya nama atau asal-usul beliau.

Selang beberapa tahun, semasa pertabalan Putera Mahkota, dua orang kampung telah mengadap Maharaja dan mengadu tentang pertengkaran mereka. Mereka bertengkar tentang asal-usul Permaisuri dan perkara itu telah menyebabkan Maharaja Darsa Alam turut terdesak dan melanggar sumpahnya dengan menanyakan asal-usul Permaisurinya. Akibatnya, Permaisuri baginda terpaksa pulang ke kayangan manakala Maharaja Darsa Alam pula disumpah menjadi gergasi ketika pergi mencari Permaisurinya.

Dapatkah Putera Mahkota menyatukan kembali Maharaja Darsa Alam dan Permaisurinya serta mematahkan sumpah gergasi ayahandanya. Sama-sama kita saksikan Bangsawan Mestika Bumi.

Friday, May 6, 2011

SERI BANGSAWAN USM DI KUALA LUMPUR

Mestika Bumi diilhamkan daripada judul cerita bangsawan Jula Juli Bintang Tiga sekali lagi akan memeriahkan Program Semarak Bangsawan 2011 anjuran bersama DBKL dan JKKN.  Berbanding penglibtan yang lepas di dalam Bangsawan Bakawali, kali ini kumpulan ini membawa tenaga produksi yang paling besar  iaitu seramai 60 orang melibatkan Dekan Pusat Pengajian Seni sendiri Prof.Madya A.Rahman Mohamed dan seluruh warga USM  bersama juga aktivis Bangsawan Pulau Pinang, Ali bin Abdul Rahman.

Kepada Alumni USM amnya dan Alumni Panggung SASARAN khususnya silalah datang dan memberi sokongan moral kepada produksi ini yang akan dipentaskan pada 20 hingga 22 Mei 2011.

HARI YANG MENCABAR DAN TERCABAR

Hari ini 6 Mei 2011, ini adalah tulisan yang pertama untuk bulan ini.  Secara jujurnya aku menyatakan sebenar setiap hari dan setiap waktu memang ada perkara yang nak dituliskan untuk dimuatkan di dalam blog ini. Namun segala pandangan dirakaman dan bermain di dalam imaginasiku. Ia tak dapat di jadikan sebagai bahan untuk dokumentasi seperti yang dirancang. Ini adalah penyakit yang selaras dengan peribahasa Melayu Hangat-Hangat Tahi Ayam”.  Ha ha..mungkin gamaknya kerana jadual waktu yang aku ketatkan menyebabkan aku tidak memberikan ruang untuk menulis.  Duduk di hadapan computer kalau dihitung  secara purata setiap hari sekurang-kurangnya tiga jam. Secara strukturnya bemula dengan membuka laman blog tukar tiub, malaysiakini, ibnuhasyim,matamin02blogspot,teranungkite,harakahdaily dan diimbangi dengan Agendadaily serta akhbar-akhbar arus perdana.  Setelah membaca semuanya apabila dipandang sekeliling kebanyakan apa yang dinyatakan oleh berita alternatif lebih tepat daripada berita arus perdana. Secara tidak langsung emosi telah terpancing  akibat daripada kejahilan dan keangkuhan yang memegang kuasa.  Sebagai luahan kembali tak kiralah secara pro atau bertentangan aku tetap memberikan reaksi pada ruangan komen pembaca. Ini salah satu proses untuk mengimbangi emosi supaya menjadi neutral .  Kadang kala ia menjadi sesuatu yang menarik apabila komen itu mendapat reaksi daripada pembaca lain.  Setelah selesai fasa pertama membaca berita, barulah aku buka email dan facebook.  Hal ini berlaku setiap hari sambil mengambil sarapan pagi.  Bukan bermaksud angkuh atau sombong, setiap ruang utama di rumah memang aku letakan computer yang disambung terus dengan internet. Di dalam sebuah rumah yang serdehana dihuni empat orang manakala computer ada lima unit.  Ini mungkin berkat hobi aku yang berkebolehan membaiki dan pemasangan computer.

Menyambung kembali di dalam usia mencapai setengah abad pada30 Ogos 2012 nanti diatas perjalanan hidup yang melalui proses bayangan hidup, pegangan hidup, nikmat hidup dan pengalaman hidup memang terlalu banyak detik-detik peristiwa yang berlangsung sama ada perkara itu baru ataupun perkara yang berulang. Namun itu akan terus berlaku  di dalam penerusan kehidupan.

YANG MENGHERET AKU MENULIS INI adalah seperti berikut:

5/5/02 jam 9.55 malam aku dihantar oleh sahabat ke Terminal Bas Sungai Nibong, Pulau Pinang. Singgah dahulu minum teh tarik  bersama Mi Goreng di Restoran Khalil Bukit Jambul. 10.50 aku di hantar ke Termnal Bas, menanti sehingga jam 11.15malam.  Sebelum itu aku telefon se saorang yang bertanggung jawab untuk mengambilku di Melaka dan dia berjanji akan mengambilku pada jam 8.00 pagi.


Bas yang dinaiki bertolak jam 11.15 malam Terminal Sungai Nibong

6/5/2011 jam 6.30pagi tiba di Terminal Bas Melaka Senteral. Terus ke tandas (cuci muka, buang toxid dan gosok gigi) dan mencari surau untuk menunaikan  tanggung jawab sebagai seorang hamba Allah swt. Jam 7.00 pergi ke Mac Donald, sarapan pagi dgn kopi bersama lempeng madu, sambil membaca the sun, seorang kenalan lama menyapa. Tak dapat bersembang panjang kerana dia bersama anak,abang dan suaminya kami bersalaman. 7.55 aku masih menantikan telefon, jam 8.30 masih menatikan telefon. Aku meninggalkan Mac Donald terus berjalan di sekitar Melaka Senteral sambil menanti panggilan telefon dan terus berjalan sehingga ke Pasar Besar yang berhampiran. Dari tempat jualan kering sehingga ke yang basah. Ke Pasar memang hobi aku juga setiap kali pergi ke mana-mana tempat baru memang Pasar adalah saah satu destinasiku. Bukan apa hanya untuk membandingkan harga ikan di Pulau Pinang (Balik Pulau) dan Melaka. Ternyata harga memang berbeza lebih murah harga di Pulau Mutiara berbanding Melaka. Setiap kali melintasi penjual ikan aku dipelawa untuk membeli. Untuk ambil hati angkat tangan saja dengan perkataan "Tengok saja". Panggilan telefon masih tak berbunyi langsung aku naik ke tingkat atas, nak cari air untuk makan ubat (rutin setiap pagi).


Melaka Sentral Pandangan dari Pasar Besar

9.00 pagi setelah makan ubat dan menikmati teh tarik, aku mengeluarkan laptopku dan mulalah penulisan bahagian pertama , kemudian idea terganggu kerana ada orang kutip derma, aku beri RM4.00 kira sedekah hari jumaat walaupun orang yang mengutip derma itu bukan beragama Islam demi untuk Sekolah Orang Istimewa cukuplah dgn kadar kemampuanku. Menulis ini sekurang-kurangnya dapat meneutralkan emosi dari mereka yang berjanji dan tak menepati atau dengan lain perkataan munafik. 9.30 telefon tak berbunyi juga lantas aku hantar SMS kepada Pegawai yang bertanggung jawab di KL. Malah SMS tak dijawab lantas aku telefon terus bertanyakan bagaimana keadaan aku dahlah menunggu lama bercampur mengantuk. Selepas itu barulah orang yang sepautnya telefon menalipon aku seolah-olah dia tak pernah berjanji apa-apa dengan aku. Aku disuruh untuk tunggu nanti ada yang mengambil. Pada waktu ini aku dah menutup laptopku dan keluar terus ke Taman Rekreasi yang berada di hadapan. Tunggu penuh tunggu jam 10.15 mereka sampai. Di dalam kereta mereka menyalahkan pegawai kerana membiarkan aku menunggu lama, bagi aku itu memang perkara biasa bagi manusia bergelar Melayu sering melemparkan kesalahan pada orang lain walaupun bekerja di dalam sau jabatan.


Merenung dalam kemengantukan untuk melatih kesabaran

Jam 11.00 pegawai yang berjanji nak telefon tu berjumpa aku seolah-olah tiada apa yang berlaku, aku daftar masuk dan naik ke kamar bernombor 2 2 2. Masuk ke bilik  bunyi orang mendrill diding pula langsung tak boleh tidur. Terus aku mandi dan buka laptop lembali bagi menyambung episode tadi pada jam 11.45pagi.

Memang setiap perjalanan memang ada dugaan. Aku anggap ini sebagai satu Ujian. 

Mereka meminta maaf dan aku maafkan dan aku melupakan segalanya. Catatan dibuat adalah sebagai pengalaman harian yang tiada mempunyai niat dendam kepada mereka.

12.24 pagi World Youth Hotel Air Kroh Melaka.

1.