Giliran Seri Bangswan USM di dalam program Semarak Bangswan 2011 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 20-22 Mei lepas bertempat di Panggung Bandaraya DBKL . Sebelum aku meneruskan pandangan ini aku mengambil kesempatan pada seluruh tenaga produksi yang telah Berjaya melaksanakan tugas mereka demi memartabatkan USM sebagai Lubuk teater yang telah melahirkan ramai tokoh teater tanah air yang tersohor hingga hari ini.. Tahniah kepada sang sutradara bekerja di dalam penuh kesabaran atas tingkah laku dan karenah anak-anak lakon yang cuba mentafsirkan watak hingga membentuk perwatakan mereka. Tahniah kepada pelakon yang sedaya upaya menjelmakan lakonan mereka di dalam dunia ciptaan pentas dan tahniah pada Penata Artistik saudara Roslan Chin yang telah Berjaya mewarnakan dan menghidupkan satu dunia di atas pentas. Tahniah juga kepada saudaraku Abdul Malik Ismail yang telah Berjaya mencorakan irama diatas pentas bagi menimbulkan suasana begitu dramatik. Sekalung tahniah untuk semua. Tugas ini bukanlah dipikul oleh seorang individu malah dipikul secara berasama-sama demi memenuhi citara penonton dan cita rasa pihak penganjur. Kalau dilihat komen secara umu sama ada di dalam blog ataupun orang persaorangan mahupun akhbar secara majoritinya persembahan ini amat menghiburkan.
Aku sepanjang enamt malam aku duduk di tempat yang sama sambil memerhatikan bagaimana persembahan dibawa dengan seriusnya oleh anak-anak wayang bangswan. Apa yang aku tulis ini, bagaimana aku melihat proses berjalan dari hari ke hari. Aku cuba untuk tidak prejudis di dalam tulisan ini. Aku cuba meletakan diriku sebagai orang yang berada di luar produksi , sebagai orang biasa yang hanya faham teater sikit-sikit. Aku mohon kemaafan terlebih dahulu pada rakan-rakan sekiranya tulisan ini menyentuh hati. Tanpa berlengah masa dengan mukadimah yang panjang aku mulakan ya:
17 Mei jam 3 petang rombongan anak wayang telah tiba di Kuala Lumpur. Saudara Roslan Chin mengepalai anak-anak buahnya untuk upload barang dan mendirikan set dan segala bentuk aspek teknikal. Pada hari itu anak-anak wayang di tempatkan di Hotel MAYC dan juga Hotel Swiss. 17 Mei jam 9.00 malam latihan diadakan di Hotel MAYC begitu juga pada pagi 18Mei. Pada petang 18 Mei jam 6 petang semua anak-anak wayang telah berkumpul untuk bersiap sedia naik ke pentas begitu juga dengan ahli muzik. Waktu ini memang amat mengujakan keseluruhan anak-anak wayang kerana TV3 membuat rakaman awal yang mana pada pagi 19 Mei esoknya Pengarah, Lapok,Kering,Mestika Bumi dan Darsa Alam akan berada di Seri Pentas TV3 untuk mengisi program MHI. Berbalik pada waktu rakaman oleh TV3 pada malam itu semua anak-anak wayang termasuk krew berlakon dengan bersungguh-sungguh begitu juga aku (shhhhh…) yalah esoknya gambar ini akan disiarkan di TV 3.
Foto: Darsa Alam bertemu kembali dengan Mestika Bumi.
Pada 19Meitepat jam 7.30pagi mereka semua berada di Seri Pentas untuk menunjukan aksi dan diwawancara. Manakala yang tidak pergi duduk pagi-pagi mengadap TV. Semua puas hati kerana setiap individu wajah anak-anak wayang Mestika Bumi tertera di layar kaca. Lepas itu hebohlah satu Malaya. Pada sebelah malam 19mei ialah full dress rehearsal , pada waktu ini pihak penganjur ada bersama-sama sebagai pemerhati. Syarat utama persembahan ialah 90minit tetapi Mestika Bumi telah melampaui waktu syarat 120 minit, Bersambung Bahagian 2.
Bloger: Terima kasih pada rakan-rakan alumni Panggung Sasaran yang sama-sama memberikan sokongan moral pada Malam itu, Rosnan Nordin, Rosnan Abdul Rahman, Shaz, Zulkornain Ramli, Amar dan Milyana. (yang lain tak nampak lagi mungkin mereka datang malam esok kot.)
No comments:
Post a Comment