Friday, May 6, 2011

HARI YANG MENCABAR DAN TERCABAR

Hari ini 6 Mei 2011, ini adalah tulisan yang pertama untuk bulan ini.  Secara jujurnya aku menyatakan sebenar setiap hari dan setiap waktu memang ada perkara yang nak dituliskan untuk dimuatkan di dalam blog ini. Namun segala pandangan dirakaman dan bermain di dalam imaginasiku. Ia tak dapat di jadikan sebagai bahan untuk dokumentasi seperti yang dirancang. Ini adalah penyakit yang selaras dengan peribahasa Melayu Hangat-Hangat Tahi Ayam”.  Ha ha..mungkin gamaknya kerana jadual waktu yang aku ketatkan menyebabkan aku tidak memberikan ruang untuk menulis.  Duduk di hadapan computer kalau dihitung  secara purata setiap hari sekurang-kurangnya tiga jam. Secara strukturnya bemula dengan membuka laman blog tukar tiub, malaysiakini, ibnuhasyim,matamin02blogspot,teranungkite,harakahdaily dan diimbangi dengan Agendadaily serta akhbar-akhbar arus perdana.  Setelah membaca semuanya apabila dipandang sekeliling kebanyakan apa yang dinyatakan oleh berita alternatif lebih tepat daripada berita arus perdana. Secara tidak langsung emosi telah terpancing  akibat daripada kejahilan dan keangkuhan yang memegang kuasa.  Sebagai luahan kembali tak kiralah secara pro atau bertentangan aku tetap memberikan reaksi pada ruangan komen pembaca. Ini salah satu proses untuk mengimbangi emosi supaya menjadi neutral .  Kadang kala ia menjadi sesuatu yang menarik apabila komen itu mendapat reaksi daripada pembaca lain.  Setelah selesai fasa pertama membaca berita, barulah aku buka email dan facebook.  Hal ini berlaku setiap hari sambil mengambil sarapan pagi.  Bukan bermaksud angkuh atau sombong, setiap ruang utama di rumah memang aku letakan computer yang disambung terus dengan internet. Di dalam sebuah rumah yang serdehana dihuni empat orang manakala computer ada lima unit.  Ini mungkin berkat hobi aku yang berkebolehan membaiki dan pemasangan computer.

Menyambung kembali di dalam usia mencapai setengah abad pada30 Ogos 2012 nanti diatas perjalanan hidup yang melalui proses bayangan hidup, pegangan hidup, nikmat hidup dan pengalaman hidup memang terlalu banyak detik-detik peristiwa yang berlangsung sama ada perkara itu baru ataupun perkara yang berulang. Namun itu akan terus berlaku  di dalam penerusan kehidupan.

YANG MENGHERET AKU MENULIS INI adalah seperti berikut:

5/5/02 jam 9.55 malam aku dihantar oleh sahabat ke Terminal Bas Sungai Nibong, Pulau Pinang. Singgah dahulu minum teh tarik  bersama Mi Goreng di Restoran Khalil Bukit Jambul. 10.50 aku di hantar ke Termnal Bas, menanti sehingga jam 11.15malam.  Sebelum itu aku telefon se saorang yang bertanggung jawab untuk mengambilku di Melaka dan dia berjanji akan mengambilku pada jam 8.00 pagi.


Bas yang dinaiki bertolak jam 11.15 malam Terminal Sungai Nibong

6/5/2011 jam 6.30pagi tiba di Terminal Bas Melaka Senteral. Terus ke tandas (cuci muka, buang toxid dan gosok gigi) dan mencari surau untuk menunaikan  tanggung jawab sebagai seorang hamba Allah swt. Jam 7.00 pergi ke Mac Donald, sarapan pagi dgn kopi bersama lempeng madu, sambil membaca the sun, seorang kenalan lama menyapa. Tak dapat bersembang panjang kerana dia bersama anak,abang dan suaminya kami bersalaman. 7.55 aku masih menantikan telefon, jam 8.30 masih menatikan telefon. Aku meninggalkan Mac Donald terus berjalan di sekitar Melaka Senteral sambil menanti panggilan telefon dan terus berjalan sehingga ke Pasar Besar yang berhampiran. Dari tempat jualan kering sehingga ke yang basah. Ke Pasar memang hobi aku juga setiap kali pergi ke mana-mana tempat baru memang Pasar adalah saah satu destinasiku. Bukan apa hanya untuk membandingkan harga ikan di Pulau Pinang (Balik Pulau) dan Melaka. Ternyata harga memang berbeza lebih murah harga di Pulau Mutiara berbanding Melaka. Setiap kali melintasi penjual ikan aku dipelawa untuk membeli. Untuk ambil hati angkat tangan saja dengan perkataan "Tengok saja". Panggilan telefon masih tak berbunyi langsung aku naik ke tingkat atas, nak cari air untuk makan ubat (rutin setiap pagi).


Melaka Sentral Pandangan dari Pasar Besar

9.00 pagi setelah makan ubat dan menikmati teh tarik, aku mengeluarkan laptopku dan mulalah penulisan bahagian pertama , kemudian idea terganggu kerana ada orang kutip derma, aku beri RM4.00 kira sedekah hari jumaat walaupun orang yang mengutip derma itu bukan beragama Islam demi untuk Sekolah Orang Istimewa cukuplah dgn kadar kemampuanku. Menulis ini sekurang-kurangnya dapat meneutralkan emosi dari mereka yang berjanji dan tak menepati atau dengan lain perkataan munafik. 9.30 telefon tak berbunyi juga lantas aku hantar SMS kepada Pegawai yang bertanggung jawab di KL. Malah SMS tak dijawab lantas aku telefon terus bertanyakan bagaimana keadaan aku dahlah menunggu lama bercampur mengantuk. Selepas itu barulah orang yang sepautnya telefon menalipon aku seolah-olah dia tak pernah berjanji apa-apa dengan aku. Aku disuruh untuk tunggu nanti ada yang mengambil. Pada waktu ini aku dah menutup laptopku dan keluar terus ke Taman Rekreasi yang berada di hadapan. Tunggu penuh tunggu jam 10.15 mereka sampai. Di dalam kereta mereka menyalahkan pegawai kerana membiarkan aku menunggu lama, bagi aku itu memang perkara biasa bagi manusia bergelar Melayu sering melemparkan kesalahan pada orang lain walaupun bekerja di dalam sau jabatan.


Merenung dalam kemengantukan untuk melatih kesabaran

Jam 11.00 pegawai yang berjanji nak telefon tu berjumpa aku seolah-olah tiada apa yang berlaku, aku daftar masuk dan naik ke kamar bernombor 2 2 2. Masuk ke bilik  bunyi orang mendrill diding pula langsung tak boleh tidur. Terus aku mandi dan buka laptop lembali bagi menyambung episode tadi pada jam 11.45pagi.

Memang setiap perjalanan memang ada dugaan. Aku anggap ini sebagai satu Ujian. 

Mereka meminta maaf dan aku maafkan dan aku melupakan segalanya. Catatan dibuat adalah sebagai pengalaman harian yang tiada mempunyai niat dendam kepada mereka.

12.24 pagi World Youth Hotel Air Kroh Melaka.

1. 

No comments:

Post a Comment