Sunday, May 29, 2011

BANGSWAN MESTIKA BUMI : APA YANG AKU PERHATIKAN ANTARA PELAKON, PENGARAH ,PEKERJA ARTISTIK, PEKERJA TEKNIKAL DAN NASKAH (BAHAGIAN KEDUA)

Sambungan bahagian pertama.  Setelah didapati waktu persembahan melebihi 2 jam, pihak penganjur kata tak menjadi masalah kerana persembahan ini menarik.  Maka pada 20 Mei tirai Seri Bangswan USM pun dibuka bersama kehadiran ¾ panggung penuh.  Setelah juruacara (INTAN) mengumumkan persembahan akan bermula, maka muncullah TAUKEY Bangsawan yang bergelar MAMAK PUSHEE dengan member sedikit warm-up  kepada penonton. Wow hebat sekali saudara YUSUF BAKAR  secara bersahaja menerangkan peraturan menonton persembahan tidak secara langsung telah menjadi sebahagian daripada persembahan hingga penonton begitu terhibur.  Bermula daripada ini pada setiap adegan dan tengah-tengah adegan penonton sentiasa memberikan tepukan.


Dato'Prof Mohamad Ghouse sebagai Maharaja Kayangan sedang memberikan nasihat pada kedua puterinya.




Saudara Yusuf Bakar sebagai Taukey Bangsawan dengan penuh bersahaja.


Yess!!!!  respon penonton telah memberikan satu aliran tenaga kepada anak-anak wayang, maka hasilnya pada malam pertama ini persembahan menjadi begitu mantap.  Sehinggakan ada yang mengalirkan air mata pada tingkah laku LAPOK dan KERING bukan kerana bersedih tetapi aksi lucu mereka.  Ini telah ditunjukan oleh bermula di Balai Rong Seri, apabila tiba di Kampong Permatang Timbul gelagat mereka bermain YAPOLO bersama Darsa Alam begitu juga aksi mereka cuba menggoda Puteri Mestika Bumi telah menjadikan Panggung begitu gamat.

Selepas persembahan seramai 15 orang pelajar-pelajar dari kolej One Academy yang di bawa bersama oleh Alumni Panggung Sasaran Mr. Andy Ee Kim Tiong  telah dibawa ke belakang pentas bertemu dengan anak-anak wayang.  Bagi mereka ini kali pertama menonton bangswan dan bangsawan tiada di dalam perbendaharaan kata minda mereka sebelum ini, secara jujur mereka mengatakan persembahan ini amat menghiburkan di perkuatkan dengan mutu lakonan, iringan muzik yang bertenaga, set yang begitu impressive , spectacular secara manual dan juga gabungan penyampaian emosi begitu lengkap diadun dengan serius, komidi, romantic, saspen dan sedih.  Menurut mereka pada malam berikutnya akan memaksa orang tua mereka dan rakan-rakan lain menonton persembahan ini.
Pada 21 Mei persembahan ini bertembung dengan acara Citrawarna yang dianjurkan oleh pihak pemerentah bersebelahan dengan panggung bandaraya, iaitu Dataran Meredeka.  Pada awal petang hujan begitu lebat. Seiring dengan waktu itu di Dataran Meredeka orang bersuka ria, dia tas Panggung Bandaraya penonton terhibur rasa manakala di Hulu Langat tragedy tanah runtuh telah mengorbankan 16 nyawa.  Ini semua telah ditentukan sebagai satu peringatan untuk manusia dari Allah SWT. 

Berbalik semula persembahan di malam kedua, pada malam mini penonton masih lagi memenuhi ¾ panggung tetapi lebih serius dan lebih focus.  Begitu juga dengan anak-anak wayang .  Ini dilihat walaupun keadaan diluar begitu gamat bunyi letusan bunga api, mereka (penonton) tidak menghiraukan keadaan itu, tumpuan hanya pada persembahan . (Ini berkemungkinan budaya menonton teater telah terdidik di Lembah Kelang. Syabas) Bagi anak-anak wayang mereka juga begitu focus pada adegan tidak menghiraukan letusan bunga api di luar . (Syabas pada USM telah membentuk pelakon yang berwibawa)
Mestika Bumi bersama-sama di dalam Citrawarna 2011

Pada malam ketiga hari terakhir. Malam ini tiada lagi bertembung dengan Citrawarna. Pada Malam itu terdapat beberapa orang tetamu kehormat datang menonton: antaranya TKP JKKN , Tuan Haji Yusuff Ishak dari DBP dan Timb. Pendaftar USM En. Mohamad Abdullah pun datang menonton.  Pada malam aku melihat kebanyakan anak-anak wayang ingin all out menampilkan aksi mereka. Ternyata benar ada aksi-aksi yang tidak diarahkan dan dialog yang tidak sepatutnya diucapkan pada tempatnya telah dijelmakan. Aku rasa  Sang Sutradara tepuk dahi.  Telah timbul apa yang orang kata  Play with the gallery iaitu cuba menarik perhatian penonton bahawa mereka itu hebat, tapi agak malang tindak tanduk mereka tidak dipedulikan oleh penonton.  Bagi aku ini adalah bahayanya pada pelakon-pelakon baru yang membawa peranan kecil  tetapi ingin menonjolkan diri pada tempat yang tidak sepatutnya dan ia sedikit sebanyak telah mencacatkan persembahan.  Nasib baik anak-anak wayang lain tidak turut sama berjangkit pada virus ini.


Antara duka dan air mata, perpisahan yang tidak direlakan. Kenapa merah menjadi latar ya?


Dua insan yang penting satu di Lembah Kelang dan satu di Utara.

Selepas menonton En. Mohd Abdullah secara jujur mengucapkan tahniah pada produksi dan dia amat tertarik dengan set yang begitu mengkagumkan (Tahniah Roslan Chin dan rakan2) namun dia memberikan sedikit komen secara jujur antaranya:
1.       Terdapat dialog yang tidak tepat untuk bahasa istana. Seperti Titah bukan cakap dan bukan bicara.
2.       Durasi zaman yang panjang tidak mempengaruhi umur dan fizikal watak , terutama watak yang berada di bumi.
3.       Kesinambungan Kewarasan lebih tinggi dari perasan tidak ditegaskan pada akhir cerita.
Ini saja komen dari beliau. Aku tidak mahu menjawab komen itu sebab itu adalah pandangan jujur dari beliau. Anda pula bagaimana.

Bloger:
Terima kasih pada Dr.Aris yang sama-sama meluankan waktu bersama menonton Mestika Bumi. Terima kasih pada rakan lamaku Mr. Goh Lin Yu yang sama-sama memberi sokongan . Kepada Rosley Mansor, Zahari dan Silahudin dan juga Pak Razak yang datang dari Raub semata-mata untuk menonton Mestika Bumi.  Terima kasih.

Malam itu aku menantikan juga kehadiran mereka(anak-anak Bangswan USM yang lepas) yang telah menyambung pengajian di peringkat Phd dan juga Master di Lembah Klang tapi tak kunjung tiba.  Agaknya mereka sibuk.

2 comments:

  1. Sungguh menyentuh hati. Pada saya, paling sukar pada produksi kali ini bukanlah dari segi persembahannya, tapi dari segi menjaga hatinya.

    ReplyDelete
  2. Review yang sangat dalam maksudnya, menyentuh jiwa dan menyentuh dalam hati sang pembaca. Tahniah pada penulis skrip dan pengarah. Yang paling best dalam produksi ini, tiada sakit hati, semua bekerja dengan hati yang ikhlas dan gembira. Alhamdulillah. :)

    ReplyDelete