Thursday, January 26, 2012

Tahun 2012

Kerana tidak memahami aplikasi, bolg ini terhenti seketika. Pada tahun 2012 adalah tahun usia aku akan bertukar dari perak ke emas. Aku memasuki alam 50 tahun. Walaupun dalam hatiku merasakan baru 25 tahun. Apa-apa pun hidup mesti diteruskan, kehidupan meninggalkan hari-hari berlalu yang semakin jauh dan melalui hari-hari terakhir usia yang semakin dekat.  Pada setiap awal tahun Masihi biasanya orang akan menanam azam dengan hasrat ia akan menjadi bertambah subur pada sepanjang tahun itu walaupun kadang kala ia tidak akan menjadi satu realiti. Apa yang penting apabila ada azam, ia akan menjadi satu motivasi untuk perancangan hidup.  Ada juga pada awal tahun bukan menanam azam tetapi menantikan harapan dan juga cita-cita. Azam dan harapan aku pada tahun 2012 semua rakyat di dalam negara ini dilimpahi dengan kesihatan yang baik, kecerdasan minda serta pendapatan yang baik: juga hubungan sesama manusia itu bertambah baik. Untuk mendapatkan kebaikan kita perlulah membuang Kejahatan.

No comments:

Post a Comment