Monday, December 21, 2015
Perjalanan 2016
Slam sejahtera Malaysia. Perjalanan ke 2016 sudah semakin hampir. Selamat menyambut tahun baru. Tahun sahaja baharu yang lain semua masih tiada pembaharuan.
Thursday, January 26, 2012
Tahun 2012
Kerana tidak memahami aplikasi, bolg ini terhenti seketika. Pada tahun 2012 adalah tahun usia aku akan bertukar dari perak ke emas. Aku memasuki alam 50 tahun. Walaupun dalam hatiku merasakan baru 25 tahun. Apa-apa pun hidup mesti diteruskan, kehidupan meninggalkan hari-hari berlalu yang semakin jauh dan melalui hari-hari terakhir usia yang semakin dekat. Pada setiap awal tahun Masihi biasanya orang akan menanam azam dengan hasrat ia akan menjadi bertambah subur pada sepanjang tahun itu walaupun kadang kala ia tidak akan menjadi satu realiti. Apa yang penting apabila ada azam, ia akan menjadi satu motivasi untuk perancangan hidup. Ada juga pada awal tahun bukan menanam azam tetapi menantikan harapan dan juga cita-cita. Azam dan harapan aku pada tahun 2012 semua rakyat di dalam negara ini dilimpahi dengan kesihatan yang baik, kecerdasan minda serta pendapatan yang baik: juga hubungan sesama manusia itu bertambah baik. Untuk mendapatkan kebaikan kita perlulah membuang Kejahatan.
Friday, December 30, 2011
Antara Dusta,Tipu, bohong, helah dan pede'ah di mana hendak diletakan.
Lama tak menulis dan mengemaskini blog ni. Setelah selesai Teater Harga Sebuah Maruah yang dipentaskan di Auditoriom Balai Budaya Tun Syed Nasir pada 15-20 Nov lepas dandi Panggung Pelenggang cahaya USM pada 26-27nov lalu terlalu sempit ruangku untuk datang ke blog ini. Hari ini hanya tunggu beberapa jam sahaja kita meninggalkan 2011 dan menyambut 2012 aku perluaskan ruang untuk mengemaskini kembali blog ni.
Tajuk ini biasa sahaja. Perkataan Dusta, Tipu, Bohong dan Helah adalah sesuatu yang biasa kita dengar, tetapi jika PEDE'AH mungkin jarang orang dengar kecuali mereka yang berasal dari Pahang tahu makna perkataan ini. Apa-apa pun ia samalah juga sifatnya dengan bohong. Sebelum itu mari kita renungkan setiap hari berapa kali kita pernah melakukan perkara perkataan itu. Sebelum tidur nanti kita renungkan kembali dan kita kira berapa kali kita telah berbohong, saama ada pada orang lain yang tak dikenali, orang yang kita kenali, diri kita sendiri dan kepada Tuhan.
Mari sama -sama kita baca petikan dibawah yang aku ambil dari : http://psikologi-online.com/apa-sebab-orang-berbohong
Pada hari ini adalah amat sukar untuk mempercayai kebenaran setiap diri manusia. Melalui perkataan yang diucapkan mahu juga perbuatan yang dilakukan oleh sesaorang kadang kala boleh mendatang keraguan untuk ditafsirkan kebenaranya. Keraguan tentang kebenaran ini wujud apabila manusia tidak lagi mempercayai kejujuran bersama kerana pembohongan yang disembunyikan tidak akan kekal lamatimbul perasaan mementingkan diri sendiri, tamak dan juga mengelakan dari segala bentuk hukuman kerana melakukan kesalahan.
Mengapa Anda mau berbohong? Salah satunya adalah karena bohong memberikan manfaat kepada Anda, baik secara langsung maupun tidak. Jikalau berbohong merugikan Anda, kira-kira apakah Anda mau berbohong? Terdapat beberapa manfaat yang bisa diraih jika melakukan kebohongan. Kemanfaatan bagi diri si pembohong bisa berupa kemanfaatan psikis maupun fisik dan material. Mungkin Anda hanya bisa mendapatkan satu manfaat dari satu kebohongan. Akan tetapi mungkin juga beberapa manfaat bisa sekaligus Anda dapatkan dari satu kebohongan.
Berikut adalah manfaat-manfaat yang mungkin bisa didapat dari melakukan kebohongan dan menjadi sebab seseorang melakukan kebohongan. Coba Anda ingat-ingat mana yang paling sering Anda lakukan.
- Melindungi kepentingan
- Menguntungkan kepentingan
- Menimbulkan respon emosional tertentu yang diinginkan
- Melindungi dari rasa malu, kehilangan muka, atau terlihat buruk
- Melindungi dari ketidaksetujuan
- Melindungi dari rasa terluka
- Melindungi dari kekhawatiran
- Melindungi dari konflik
- Melindungi dari ketidaknyamanan
- Melindungi privasi
- Membuat terlihat lebih baik dari yang sebenarnya
- Membuat tampak berbeda dari sebenarnya
- Mengatur perasaan, emosi dan mood yang dimiliki
- Mendapatkan keuntungan personal bagi
- Membuat sesuatu lebih mudah atau lebih nyaman
- Membantu mendapatkan informasi yang diinginkan
- Membantu mendapatkan apa yang diinginkan
- Melindungi dari hukuman fisik
- Melindungi aset, properti atau harta
- Melindungi keamanan
- Melindungi dari kehilangan status atau posisi tertentu
- Melindungi dari sesuatu yang mengganggu atau yang tak ingin dilakukan
Pandangan Saya : Adakah 22 tujuan kenapa berbohong itu masih kurang. Kalau kurang mari kita tamabah lagi.
Thursday, July 7, 2011
DEMAM KUNING
Kuning
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Untuk kegunaan lain, sila lihat: Kuning (nyahkekaburan).
| Koordinat warna Kuning | ||
|---|---|---|
| Heks triplet | #FFFF00 | |
| RGBB | (r, g, b) | (255, 255, 0) |
| CMYKH | (c, m, y, k) | (0, 0, 100, 0) |
| HSV | (h, s, v) | (60°, 100%, 100%) |
| B: Dinormalkan kepada [0–255] (bait) H: Dinormalkan kepada [0–100] (ratus) | ||
Sistem CMYK untuk pencetakan warna berdasarkan penggunaan empat dakwat, salah satu daripadanya ialah warna kuning. Warna kuning ini pada dirinya bukan warna piawai, walaupun julat dakwat-dakwat kuning yang digunakan adalah agak sempit.
|
- Kuning air, iaitu kuning yang keputih-putihan
- Kuning gading, iaitu kuning keputih-putihan seperti warna gading
- Kuning langsat, iaitu putih kuning (tidak putih sangat, berkenaan dengan kulit,dll)
- Kuning pinang masak, iaitu kuning kemerah-merahan
- Kuning muda, iaitu kuning terang (lawan kuning tua)
- Kuning tua, iaitu kuning gelap (lawan kuning muda).
Perkaitan dan penyataan
Warna kuning ialah warna yang terang dan riang yang sering dikaitkan dengan kebahagian dan keamanan. Kuning melambangkan kerabat diraja dalam banyak kebudayaan, termasuknya kebanyakan Asia Tenggara. Di negara China kuno, kuning merupakan salah satu daripada lima warna utama serta lambang untuk "Pusat" dan "Bumi". Maharaja legenda China yang pertama digelarkan "Maharaja Kuning" atau Huang Di (Tulisan Cina Tradisional: 黃帝, Tulisan Cina Ringkas: 黄帝). Oleh itu, kuning ialah lambang untuk Maharaja China. Orang biasa di China tidak dibenarkan menggunakan warna kuning sehingga zaman moden. Kini, warna kuning dikaitkan dengan kemakmuran di negara China.Warna itu telah juga dipergunakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia dalam logonya untuk melambangkan "penawaraan perkhidmatan yang berkualiti (a golden service) kepada pelanggan". Begitu juga dengan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) yang menggunakan warna kuning untuk melambangkan "kebesaran dan kekuasaan raja yang memerintah, serta menunjukkan Johor sebagai sebuah negeri yang berdaulat. [Warna ini] juga melambangkan semangat MPJBT yang sentiasa berkobar dalam menjalankan tugas ke arah mencapai matlamat MPJBT."
Dalam bahasa Inggeris, warna kuning telah dikaitkan secara tradisi dengan demam kuning jaundis dan sifat penakut. Dalam slanga bahasa Amerika Syarikat, seorang penakut digelarkan "yellowbellied" (berperut kuning) atau "yellow" (kuning). Oleh sebab ia seakan-akan warna emas dan logam berharga seperti emas dan gangsa, kuning telah dikaitkan dengan duit syiling dan bulion dalam bahasa Inggeris. "Yellow Movie" (filem kuning) bermaksud filem lucah, sedangkan "Yellow journalism" (akhbar kuning) merupakan kewartawanan sensasi yang memutarbalikkan, membesar-besarkan, ataupun mengeksploitasikan berita untuk keuntungan. Istilah itu berasal daripada surat khabar "Dunia New York" ("New York World") oleh Joseph Pulitzer dan "Jurnal Amerika Syarikat New York" ("New York Journal American") oleh William Randolph Hearst, yang melibatkan diri dalam pelaporan berita-berita sensasi pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, khususnya semasa Perang Sepanyol-Amerika. Istilah itu berasal daripada Si Budak Kuning ("The Yellow Kid"), sebuah komik berwarna, yang ditonjolkan dalam kedua-dua surat khabar tersebut.
Kerajaan dan politik
- Gedung Kuning (Yellow Mansion) ialah Rumah Bendahara di Singapura yang dibina oleh Tengku Mahmud, salah seorang anak lelaki Sultan Ali pada separuh kedua abad ke-19. Namanya berasal daripada dinding-dindingnya yang dicat kuning terang untuk mengaitkan bangunan ini dengan istana Sultan Johor.
- Ratu Kuning ialah Raja Perempuan Patani yang terakhir antara empat orang ratu berturut-turut pada Zaman Keemasan Patani. Ratu yang pertama ialah Ratu Hijau, diikuti oleh Ratu Biru, dan Ratu Ungu. Ratu Kuning ialah puteri kepada Ratu Ungu (tempoh pemerintahan: 1623-1635). Nama penuhnya H.H. Paduka Sri Raja Kuning binti al-Marhum al-Marhum Sultan 'Abdu'l Ghaffar Muhi ud-din Shah (nama Thailand: Phra Nang Chao Ying).
- Di negara Filipina, warna kuning telah digunakan sebagai warna rasmi dengan penggunaan banyak konfeti kuning dalam perhimpunan-perhimpunan politik untuk menentangi kerajaan Ferdinand Marcos selepas pembunuhan Benigno Aquino di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila. Pembunuhan itu telah disyaki oleh kebanyakan rakyat Filipina sebagai perbuatan kerajaan.
- Kuning ialah warna untuk Parti Baru di Republik China (Taiwan) yang menyokong Penyatuan semula Cina. Semua pensel dicat dengan warna kuning untuk mengaitkan dengan negara China di mana grafit yang terbaik boleh didapati; sebelum itu, hanya pensel yang menggunakan grafit China dicat dengan warna kuning.
- Di Amerika Syarikat, Demokrat Anjing Kuning merujuk kepada pengundi negeri-negeri Amerika Syarikat Selatan yang sentiasa mengundi calon-calon Demokrat pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Mereka berbuat demikian disebabkan rasa geram yang masih ada terhadap Parti Republikan yang bermula sejak Perang Saudara Amerika dan tempoh "Pembinaan Semula". Kini, istilah itu digunakan untuk penyokong tegar untuk "anjing kuning" ataupun calon Parti Demokrat.
- Di Negara Brunei Darussalam, Kuning melambangkan warna Diraja pada masa dahulu sehingga kini. Seperti warna kuning emas ia merupakan lambang kehormatan dan kedaulatan seseorang Raja. Jika ada berlangsungnya Adat-Istiadat Diraja, maka orang biasa atau rakyat jelata dilarang untuk memakai atau menggunakan warna kuning.
Keetnikan
Penduduk-penduduk serta orang-orang yang berketurunan Asia kekadang dirujuk oleh orang Barat sebagai bangsa-bangsa berkulit kuning sebagai metafora warna ras. Pada abad ke-20 di Amerika Syarikat, pendatang-pendatang dari negara China dan Asia Timur dirujuk dengan penghinaan sebagai "bahaya kuning".Pengangkutan
Di sebilangan negara, teksi biasanya dicat dengan warna kuning. Amalan ini berasal dari Chicago, sewaktu usahawan teksi, John Hertz, mempergunakan warna kuning untuk teksi-teksinya selepas sebuah kajian Universiti Chicago menunjukkan bahawa kuning ialah warna yang paling nyata dari jauh.Di Kanada dan Amerika Syarikat, hampir seluruh bas sekolah dicat dengan warna kuning (sering dirujuk sebagai warna "kuning bas sekolah") untuk tujuan keterlihatan dan keselamatan. Pengendali-pengendali bas, seperti FirstGroup, juga memperkenalkan konsep ini di United Kingdom. "Kuning Caterpillar" dan "kuning keterlihatan tinggi" dipergunakan untuk kelengkapan pembinaan lebuh raya.
Dalam peraturan-peraturan lebuh raya, kuning ialah warna lampu isyarat yang bermaksud "memperlahankan", "awas", atau "kurangkan kelajuan di hadapan". Warna ini ialah warna pertengahan antara warna hijau (jalan) dengan warnah merah (berhenti). Dalam isyarat kereta api, kuning sering digunakan untuk isyarat dari jauh sebagai amaran atau mengurangkan laju. Banyak landasan transit aliran ringan dan alihan laju untuk pengangkutan awam mempunyai garis kuning.
Sukan
- Dalam bola sepak, pengadil menggunakan kad kuning untuk menunjukkan bahawa seorang pemain telah diberikan amaran yang rasmi.
- Dalam permainan ragbi, seorang pengadil akan menunjukkan kad kuning untuk menunjukkan bahawa seorang pemain telah digantung daripada permainan buat sepuluh minit sebagai penalti.
- Dalam perlumbaan kereta, bendera kuning menunjukkan "Awas!" Kereta-kereta tidak boleh memotong di bawah bendera kuning.
- Dalam perlumbaan basikal, jersi kuning (bahasa Perancis: maillot jaune) dianugerahkan kepada pemenang perlumbaan. Tradisi itu berasal daripada pertandingan Tour de France yang ditajai oleh surat khabar sukan, L'Auto (kemudian ditukarkan nama menjadi L'Équipe), yang menggunakan kertas akhbar kuning tersendiri untuk terbitan-terbitannya.
- Kuning ialah warna untuk bola snuker yang mempunyai nilai dua mata.
Lain-lain
- Halaman kuning ialah bahagian buku panduan telefon atau direktori telefon dalam talian yang menyenaraikan nombor-nombor telefon syarikat perniagaan mengikut kategori. Halaman kuning dinamai berdasarkan kertas warna yang dicetakkan dalam buku panduan telefon untuk membezakan halaman-halaman itu daripada senarai-senarai yang biasa.
- "Buku Kuning" ialah direktori khusus yang diterbitkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Johor untuk usahawan-usahawan bumiputera negeri Johor. Tujuan buku itu adalah "untuk mengadakan direktori disamping mempromosikan usahawan bumiputera dalam semua sektor Perdagangan".
- Dalam budaya Arab, terdapatnya frasa "senyuman kuning" yang bermaksud "senyuman dibuat-buat". Senyuman kuning digunakan sewaktu seseorang hendak menyembunyikan minat yang kurang, ketakutan, atau sebarang emosi yang hendak disembunyikan. Senyuman ini kekadang juga dipergunakan sebagai jenaka, melalui senjaga membuat "senyuman dibuat-buat" sewaktu seseorang menceritakan jenaka yang tak lucu, atau sewaktu mencuba membuat orang lain ketawa terhadap sesuatu yang mereka tidak berasa lucu.
- Terdapatnya frasa bahasa Perancis, "rire jaune" ("ketawa kuning") yang dapat diterjemahkan sebagai "ketawa kosong", iaitu ketawa sewaktu anda tidak berasa sesuatu jenaka yang diceritakan adalah lucu, atau sewaktu jenaka itu ditujui terhadap anda.
- Dalam bahasa Itali, "kuning" ataupun "giallo", merujuk kepada buku misteri, filem misteri, atau pertunjukan misteri dalam televisyen. Perkaitan dengan warna kuning disebabkan tulang belakang buku-buku untuk novel misteri berwarna kuning.
- Peribahasa Melayu:
- "Kuning oleh kunyit, hitam oleh arang" bermakna mudah terpengaruh oleh hasutan atau puji-pujian.
- "Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan" bermakna mengharapkan keuntungan besar yang belum tentu lagi, keuntungan kecil yang telah pasti dilepaskan.
- Ayat "Padinya sedang kuning menantikan masa untuk dituai" bermakna padi itu mulai masak.
- Pada pertengahan abad ke-20, "kuning" ialah slanga drug Amerika Syarikat untuk Nembutal, sejenis pil barbiturat yang berwarna kuning.
- Warna kuning dipergunakan untuk jalur pergelangan tangan Livestrong yang dicipta oleh oleh Lance Armstrong, seorang pelumba basikal dan penakat penyakit barah, untuk membantu mangsa-mangsa dan penakat-penakat barah.
- Skuadron Kuning untuk Ace Combat 4 ialah sepasukan skuadron juruterbang kapal terbang pejuang elit.
- Dalam Angkatan Tentera Darat Amerika Syarikat, kuning dipergunakan sebagai warna untuk pasukan askar berkuda.
- Kuning ialah nama untuk sistem kabel telekomunikasi kapal selam yang juga digelarkan AC-2.
- Kuningan bermaksud tembaga kuning.
Nama-nama yang menggunakan perkataan "kuning"
Geografi
Beberapa nama tempat merujuk kepada warna kuning:Malaysia
- Air Kuning Selatan, sebuah bandar di Negeri Sembilan (juga digelarkan Ayer Kuning, dan Ayer Kuning Selatan) yang terletaknya dekat Gemas.
- Kampung Air Kuning, sebuah desa di Negeri Sembilan yang terletak di 2° 33' 0" Utara, 102° 2' 0" Timur.
- Air Kuning, sebuah bandar di Perak terletak di daerah Taiping dan Tapah (yang terletaknya dekat Jalan Tapah).
- Terumbu Kuning (Yellow Reef), sebuah tapak penyelaman antara Pulau Perhentian dengan Pulau Redang. Dalamnya 25 meter.
- Empangan Air Kuning ialah sebuah empangan konkrit yang terletaknya di cawang Sg. Air Kuning di Shah Alam, Selangor.
Negara-negara lain
- Titi Kuning, satu daripada empat buah bandar yang mempunyai loji kuasa untuk bekalan elektrik kepada kawasan-kawasan di Sumatera Utara.
- Sungai Kuning (Pinyin: Huáng Hé; Wade-Giles: Hwang-ho; terjemahan harfiah, "Sungai Kuning"), di China.
- Yellow Pine, Idaho, sebuah desa Amerika Syarikat. "Yellow Pine" bermaksud "Pokok Pinus Kuning"
- Yellow Grass, Saskatchewan, sebuah bandar di Kanada yang namanya bermaksud "Rumput Kuning"
- Yellowstone yang bermaksud "Batu Kuning". Terdapatnya banyak tempat yang menggunakan nama "Yellowstone", termasuknya Taman Negara Yellowstone, Gunung berapi Yellowstone Caldera, Tasek Yellowstone, Sungai Yellowstone, Ngarai Agung Yellowstone, dan Kubu Yellowstone, antara lain.
- Yellowknife, yang bermaksud "Pisau Kuning", ialah sebuah ibu kota dan bandar raya tunggal di Wilayah-wilayah Barat Laut, Kanada, dengan bilangan penduduk di sekitar 18,000. Sungai Yellowknife di Wilayah-wilayah Barat Laut mengalir ke arah selatan dan masuk ke Teluk Yellowknife yang merupakan sebahagian Tasek Great Slave, di bandar raya Yellowknife. Makna "Yellowknife" ialah "pisau kuning".
Biologi
Tumbuhan
- Dafodil
- Bunga matahari
- Lemon
- Akar kuning, sejenis pokok memanjat yang juga digelarkan "akar cina", atau "akar kunyit-kunyit". Nama sainsnya Limacia oblongata.
- Bunga Akar Kuning, sejenis tumbuhan (pokok) yang juga digelarkan akar cempaka kuning, cempaka hutan. Nama sainsnya Allamanda cathartica.
- Pokok Kuning, sejenis pokok yang juga digelarkan "antat", "kenanga hutan", "lidah-lidah", ataupun "pacal kuning". Nama sainsnya Alangium ebenaceum.
- Pokok Balau Kuning, sejenis pokok tropika. Nama sainsnya *Shorea falcifera Dyer.
- Pokok Bintangor Kuning ialah sejenis pokok tropika. Nama sainsnya Calophyllum lanigerum. Pada 1987, seorang penyelidik tumbuhan mendapati getah kuning pada pokok Bintangor mengandungi sejenis sebatian yang boleh menghentikan pembesaran virus AIDS. Kerajaan Sarawak dan Institut Barah Kebangsaan Amerika Syarikat (NCIA) telah mempatenkan pokok Bintagor dengan Pentadbiran Dadah dan Makanan Amerika (FDA).
- Pokok Keranji Kuning ialah sejenis pokok tropika yang terdapat cuma di sebelah barat Garis Wallace, termasuknya Malaysia, Sumatera dan Borneo. Nama sains Keranji Kuning Besar Dialium platysepalum, sedangkan Keranji Kuning Besar ialah Dialium wallichii.
- Pokok Meranti Kuning ialah nama Indonesia untuk "Pokok Meranti Damar Hitam" yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Di negeri Sabah, pokok ini digelarkan Seraya Kuning. Pokok ini juga terdapat di Filipina.
- Pokok Mersawa Kuning, yang juga digelarkan "Keruing Kucing", atau dengan mudah sebagai "Mersawa" saja, ialah sejenis pokok tropika yang terdapat di Sumatera, Semenanjung Malaysia, dan Thailand. Nama sainsnya Anisoptera curtisii Dyer.
- Pokok Nyatoh Nangka Kuning, sejenis pokok tropika. Nama sainsnya Pouteria malaccensis (Clarke) Baehni .
- Pokok Nyatoh Tembaga Kuning, yang juga digelarkan "Mayang Serikat" ataupun dengan mudah sebagai "Nyatoh Tembaga", ialah sejenis pokok tropika. Nama sainsnya Palaquium hispidum H.J.L..
- Bambu kuning ialah sejenis buluh Indonesia. Nama sainsnya Phyllostachys aurea, Bambusa vulgaris, atau Phyllostachys bambusoides.
- "Durian kuning" ialah salah satu daripada jenis-jenis durian yang terdapat di Sarawak. Nama sainsnya Durio graveolens.
- Sirih kuning ialah daun sirih yang kuning warnanya. Perkataan "sirih kuning" juga dipergunakan sebagai simpulan bahasa untuk gadis yang elok.
Haiwan
- Kuning telur, iaitu bahagian tengah telur yang kuning warnanya.
- Titik kuning ialah bintik kuning yang terletak hampir-hampir di tengah retina yang merupakan ketajaman penglihatan yang maksimum.
- "Nyamuk Demam Kuning", iaitu Nyamuk Aedes, ialah sejenis nyamuk dalam genus Aedes yang digelarkan sebegitu kerana nyamuk ini menjangkitkan demam denggi ataupun "demam kuning".
- Burung kuning merujuk kepada sejenis burung Thailand. Nama sainsnya Pycnonotus a. atriceps.
- Ikan kuning merujuk kepada sejenis ikan laut. Nama sainsnya Lutianus spp.
- Layaran kuning, sejenis ikan akuarium Indonesia. Nama sainsnya Heniochus acuminatus.
Makanan
- Acar kuning ialah sejenis makanan orang Melayu yang terdiri daripada timun, lobak merah, dan kacang buncis (antara lain) yang diawet.
- Pulut kuning ialah sejenis makanan orang Melayu di Malaysia. Warna kuning datangnya daripada air perahan kunyit hidup. Nasi kuning ialah nasi kunyit Indonesia yang mempergunakan kunyit untuk pewarna.
- Ayam goreng kuning ialah sejenis masakan orang Indonesia. Warna kuningnya berasal daripada kunyit.
Pigmen-pigmen kuning
Catitan : Sumber Wikikpedea.
Monday, June 13, 2011
Reviews & Critics: Bangsawan Theater: Mestika Bumi
Reviews & Critics: Bangsawan Theater: Mestika Bumi: "Bangsawan is a form of classic musical/melo-drama theater and a type of “traditional” Malay Opera. It was originated from a sort of Indian ..."
Monday, May 30, 2011
TERIMA KASIH PADA KEREJAAN
Pada 1 Jun yang mendatang seluruh rakyat Malaysia akan di hadiahkan sesuatu yang begitu berharga iaitu tariff eletrik telah mendapat kelulusan kabinet mencecah pertambahan 7%. Nampaknya aku terpaksa menambah RM14 untuk perbelanjaan eletrikku. Terima kasih juga kerana harga gula juga telah naik 20sen. Sebagai hadiah yang paling lumayan kepada seluruh warganegara kita semua akan menikmati nilai tambah harga yang baru pada setiap transaksi kelak. Percayalah.
- Pada tahun 30an orang tua ku kata bawa 1 sen dah cukup untuk belanja ke sekolah.
- Pada tahun 70an di Sekolah rendah aku diberi belanja 20sen dan 50sen di sekolah menengah.
- Pada tahun 2004-2011 anak aku berbelanja RM 2.00 sehari di Sekolah Rendah dan berbelanja RM5.00
di Sekolah Menengah.
Ini ialah nilai tambah kemajuan yang dinikmati oleh seluruh warga kerana dah hidup mewah.
Tak lama lagi rasanya nilai Jutaan Ringgit akan menjadi satu yang biasa pada rakyat biasa seperti mana di negara jiran.
Terima Kasih pada Kerejaan kerana telah menaikan pendapatan dan menambahkan perbelanjaan.
- Pada tahun 30an orang tua ku kata bawa 1 sen dah cukup untuk belanja ke sekolah.
- Pada tahun 70an di Sekolah rendah aku diberi belanja 20sen dan 50sen di sekolah menengah.
- Pada tahun 2004-2011 anak aku berbelanja RM 2.00 sehari di Sekolah Rendah dan berbelanja RM5.00
di Sekolah Menengah.
Ini ialah nilai tambah kemajuan yang dinikmati oleh seluruh warga kerana dah hidup mewah.
Tak lama lagi rasanya nilai Jutaan Ringgit akan menjadi satu yang biasa pada rakyat biasa seperti mana di negara jiran.
Kecil-kecil menjadi kawan.
Bangsawan Melayu : Peranan Pawang Negara
Salah satu daripada ciri-ciri utama di dalam pemenrintahan raja-raja bangsawan Melayu ialah peranan mereka yang dikatakan mempunyai kuasa paranormal. Antara nama dan gelaran yang diberikan seperti: Ahli Nujum Negara dan juga Pawang Negara. Bangsawan Mestika Bumi tidak ketinggalan memasukan unsur ini di dalam ceritanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)