Tuesday, February 1, 2011

WIRA YANG TAK DIDENDANG


Antara wajah masa hadapan negara. Mereka adalah wira dan wirawati yang telah dan bakal sebagai pejuang negara. Adakah mereka juga akan menerima nasib yang sama seperti sejarah lampau dipadamkan oleh mereka yang tidak pandai berdendang tetapi mendakwa diri sebagai PAHLAWAN TANAH AIR.


KEAJAIBAN WIRA YANG TIDAK DIDENDANG

Foto diatas tidak ada kena mengena dengan apa yang akan kudendangkan. Hanya setakat foto hiasan semata-mata. Apa yang hendak kuceritakan pada kali ini, ialah tentang satu keajaiban yang berlaku baru-baru ini. Sesuatu perkara akan dikatakan ajaib apabila daripada ada terus menjadi tidak ada, sepertilah silap mata.  Kalau nyawa hilang kita akan nampak jasad itu belum ajaib, kalau dah mati ditanam, digali semula dalam tempoh tertentu, tentu tulang akan dijumpai, ini belum lagi ajaib sebab ia masih ada walaupun tidak bernyawa.  Ahli silap mata pun tidak boleh dikatakan ajaib menghilangkan barang kemudian dijelmakan semula, seperti yang telah dilakukan oleh Daud Padang Tembaga pada satu waktu dahulu atau juga Allahyarham S.A Bakar salah seorang ahli silap mata tanah air.

Perkara ini memang AJAIB nama-nama tokoh pejuang tanah air yang dilabelkan oleh PEWARIS PENJAJAH sebagai kiri telah HILANG dari pengetahuan anak bangsa SATU MALAYSIA hari ini. Hal ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kalau golongan muda itu terdiri daripada masyarakat biasa. Bagi aku ia menjadi AJAIB kerana berlaku kepada Orang MUDA yang melabelkan diri mereka sebagai SENIMAN MAKHLUK TEATER.

Aku telah dijemput secara sukarela untuk memberikan bengkel tentang pengalaman cetekku khususnya di dalam ilmu pengarahan teater di salah sebuah Gedung Pengajian Tinggi kepunyaan pemerintah di tanah air ini. Aku memulakan dengan mengatakan SENIMAN perlu berada disebelah KIRI, berpemikiran KIRI .  Setelah berjaya KIRI akan menjadi KANAN, namun seniman masih tetap berada disebelah KIRI. Mereka bertanya apa sebenarnya maksud aku. Kemudian aku keluarkan sebuah buku yang bertajuk The Memoirs of Rashid Maidin From Armed Struggle to Peace. Mereka kata tak kenal dengan nama Rashid Maidin. Aku sebut pula nama Ishak Haji Mohamad atau PAK SAKO, mereka kata hanya pernah  dengar dan tak tahu siapa dia dan beberpa nama lain lagi seperti Toh Lung San atau Lai Raifel, Chin Peng, R.Balan, Zulkifli Mohamad, Burhanudin Helmi dan ramai lagi yang seangkatan dengan mereka termasuklah Alimin dan Tan Malaka, malang sekali mereka tidak tahu langsung siapa mereka. Sebut nama-nama orang UMNO mereka tahu dari Dato Onn hinggalah Najib Razak.

Aku menyebut nama-nama nasionalis lepas bukanlah untuk menyalurkan ideologi yang mereka dukong, sebaliknya mengajak apabila memandang secara kiri, kita akan dapat mendalami beberapa perkara, antara setiap fakta yang ditulis tidak semestinya betul sepenuhnya. Seniaman perlu kritis dan menjelmakan makna karya bukan setakat melafaskan dialog yang ditulis dalam naskah.

Aku menerangkan hal ini hampir satu jam, sedangkan masa yang diperuntukan selama dua jam sahaja lagi untuk dihabiskan. Aku sebenarnya tidak kecewa kerana mereka tidak tahu, sekurang-kurangnya dari penerangan awal berhubung dengan tooh nasionalis itu akan mereka cari sama ada di dalam perpustakaan, internet ataupun kedai buku. Aku harap keajaiban ini tidak akan berulang lagi. ..........


No comments:

Post a Comment