Friday, January 14, 2011

BETA TIDAK GUNDAH GULANA DENGAN ANAK SEKOLAH

Petang tadi jam 3.00petang lebih daripada 200 pelajar sekolah yang berada disekitar Pulau Pinang telah menyaksikan teater Beta Gundah Gulana. Aku bertugas di luar sebagai FOH. Ini bukan bermakna untuk aku mengelak dari menonton teater yang telah berpuluh kali aku tonton benda yang sama, tapi sebab tugas dan tiada orang yang sanggup memikul tugas ini maka aku relakan diri secara jujur duduk memberikan brosur dan menerangkan pada cikgu pengiring sedikit sebanyak hal persembahan.  Aku kadang kala merasakan amat sedih bila berada di luar menyambut tetamu, bukan kerana aku ini orang tua yang tak patut layak di situ, tapi mengenangkan penggiat yang kononnya mengaku ilmuan teater, aktivis teater tidak mahu memberikan sokongan untuk menonton teater ini. Jarak kedudukan mereka dengan Panggung tak sampai 500 meter, malang sungguh tiada yang menjengguk.

Hal yang sama berjangkit kepada pelajar-pelajar bermajor teater yang telah mendakwa diri mereka sebagai bintang kononnya, tapi tak muncul untuk menjenguk rakan mereka yang berjuang di atas pentas. Apa sudah jadi ni????. Mungkin mereka rasakan diri mereka hebat.

Namun kedatangan anak-anak sekolah yang berumur antara 14 hingga 17 tahun amat serius menonton, berbezaka sekali dengan guru pengiring yang sekejap-sekejap ke tandas, mungkin tak tahan dengan kedinginan di dalam panggung agaknya. Dengan jumlah mereka yang ramai menonton teater ini penuh perhatian hingga menghasilkan mutu persembahan yang baik pada pelakon berbanding dengan sebelumnya yang hanya didatangi seramai tak sampai tujuh puluh orang untuk persembahan dua malam.  Bagi aku teater yang tiada langsung unsur komidi ini mungkin akan meresahkan mereka, tetapi  jangkaan aku meleset sama sekali.

Selepas menonton, pada petang itu diadakan sesi dialog bersama dengan tenaga produksi. Pengarah telah menerangkan serba sedikit tentang persembahan ini dan mengucahkan tahniah kerana menonton dengan penuh perhatian.  Apabila  sesi soal jawab bermula, pelabagai soalan telah timbul daripada soalan yang biasa kita dengan seperti apakah mesej, tema sehinggalah timbul soalan yang cuba memerangkap untuk pengarah menceritakan kenapa dan mengapa beliau mempersembahkan cerita ini.  Tak boleh tidak pengarah sedikit sebanyak membuat penerangan secara sepintas lalu sahaja berhubung kait dengan kedudukan Institusi di Raja dan Kedudukan Raja di negara ini.

Cendiakawan dan Ilmuan Teater yang berhampiran mungkin seadang leka disini.

Bagi aku ini menunjukan satu petanda generasi penerus akan datang, mampu membuat penilaian dan penafsiran walaupun sesuatu karya itu dipersembahkan di dalam bentuk abstrak. Aku kagum mereka tidak banyak belajar tentang falsafah seni dan belajar hanya melalui subjek KOMSAS yang banyak berkisar tentang teknik karya secara struktur tetapi telah berjaya menerangkan refleksi karya. Mereka hebat.

Aku nak tengok pula persembahan pada malam 14 dan 15 Januari ini, dengarnya ada ramai Y.B yang nak mai, dan  nak tunggu juga Cendikiawan dan Ilmuan Teater berhampiran datang tak, atau masih bermesyuarat kat keadai kopi tu.

2 comments:

  1. Laa... awat tak habaq dah bukak blog!

    ReplyDelete
  2. chop, baru nak belajaq. gua akan masukan chop punya dalam blog list

    ReplyDelete