1. Mereka masih tidak mahu mengaku kalah kepada pasukan bolasepak Harimau Malaya. (Demam bolasepak AFF masih belum kebah lagi bagi mereka).
2. Apabila timbul nama Malaysia pada 1963 maka bermulalah konfrantasi antara Malaysia dan Indonesia (GANYANG MALAYSIA).
Bagi pandangan aku, kemungkinan no 2 itu lebih bermakna. Sewaktu Tanah Melayu bernama MALAYA hubungan antara dua negara amat akrab, begitu juga pengaruh Indonesia amat kuat sekali hingga memberikan inspirasi yang ketara di dalam dunia Kesusasteraan. Malah semangat nasionalisme juga mendapat suntikan dari Indonesia hingga negara Malaya merdeka pada tahun 1957. Kerana nama Malaysia hingga hari ini kita masih lagi berkonfrantasi, walaupun secara kulitnya tidak. Seolah-olah seperti gunung berapi yang aktif hanya tunggu masa untuk meletus.

Moga-moga biarlah gunung berapi sentiasa aktif sehingga hari kiamat dan janganlah meletus. Jika meletus banyak jiwa akan terkorban.
No comments:
Post a Comment