Monday, January 17, 2011

Berkorban Apa Saja.

Berkorban apa saja harta ataupun nyawa.....Dibacakan boleh , dinyanyikan juga boleh. Itu adalah lagu hasil peninggalan Seniman P.Ramlee yang kadang kala terdengar di corong radio. Kepada orang yang berkasih ataupun sedang dalam lamuanan percintaan, petikan perkataan tersebut akan dilafazkan demi menunjukan kesetiaan dan pengorbanan cinta dan kasih. Lafasan sebagai ikatan janji dan pembuktian cinta kasih sejati. Adakah janji itu bertahan seperti apa yang diucapkan?  Jawapannya terpulang kepada keadaan dari masa ke semasa menentukan.

Pada awal cinta memang banyak pengorbanan yang sanggup untuk diharungi. Kita tidak boleh mengelak kerana lumrah kehidupan manusia normal perlukan mencintai dan dicintai.  NAMUN mencintai HIBURAN SENSASI pada insan yang berada disekitar NegaraKU sentiasa bergelora tanpa batasan masa sanggup habis dengan wang ringgit, berlapar, mengabaikan masa depan keluarga dan tidak mengira tinggal dimana Ibukota, bandaraya,desa,belantara mahupun ditepi jalan raya sekalipun.  Kerana pada MU aku sanggup BERKORBAN.

foto: Sebuah rumah yang baru dicat dan bertukar bumbung MAMPU mempamerkan dish 60cm ku band LNB melekap ditiang rumah.

foto: Lesen Radio benilai RM12 yang belum tentu MAMPU untuk dimiliki oleh mereka yang tinggal di rumah batu atau rumah kayu.

Melalui dari dua foto diatas, gambar pertama, pemilik rumah  perlu membayar setiap bulan sekurang-kurangya antara RM60-RM70 kerana semata-mata hiburan (aku jamin kalau rumah macam ni tentu sekali ambil pakej hiburan dan sukan, kalau ambil pendidikan dan berita kita boleh kira dengan jari.  Manakala yang kedua setiap pemilik rumah hanya perlu bayar RM12.00 setahun untuk informasi dan sedikit hiburan.(Biasanya bukan semua yang memiliki Radio dan TV memiliki lesen ini)

Ini jelas menunjukan masyarakat kini terutama yang berpendapatan serdehana rendah, sanggup BERKORBAN UNTUK HIBURAN dan tidak peduli mengeluarkan wang hanya untuk membayar sewa bulanan yang begitu tinggi. Bila berhibur apa yang berlaku disekeliling akan kerap dilupakan.

Friday, January 14, 2011

Menembak cakrawala.



Peralatan menebak cakrawala

BETA TIDAK GUNDAH GULANA DENGAN ANAK SEKOLAH

Petang tadi jam 3.00petang lebih daripada 200 pelajar sekolah yang berada disekitar Pulau Pinang telah menyaksikan teater Beta Gundah Gulana. Aku bertugas di luar sebagai FOH. Ini bukan bermakna untuk aku mengelak dari menonton teater yang telah berpuluh kali aku tonton benda yang sama, tapi sebab tugas dan tiada orang yang sanggup memikul tugas ini maka aku relakan diri secara jujur duduk memberikan brosur dan menerangkan pada cikgu pengiring sedikit sebanyak hal persembahan.  Aku kadang kala merasakan amat sedih bila berada di luar menyambut tetamu, bukan kerana aku ini orang tua yang tak patut layak di situ, tapi mengenangkan penggiat yang kononnya mengaku ilmuan teater, aktivis teater tidak mahu memberikan sokongan untuk menonton teater ini. Jarak kedudukan mereka dengan Panggung tak sampai 500 meter, malang sungguh tiada yang menjengguk.

Hal yang sama berjangkit kepada pelajar-pelajar bermajor teater yang telah mendakwa diri mereka sebagai bintang kononnya, tapi tak muncul untuk menjenguk rakan mereka yang berjuang di atas pentas. Apa sudah jadi ni????. Mungkin mereka rasakan diri mereka hebat.

Namun kedatangan anak-anak sekolah yang berumur antara 14 hingga 17 tahun amat serius menonton, berbezaka sekali dengan guru pengiring yang sekejap-sekejap ke tandas, mungkin tak tahan dengan kedinginan di dalam panggung agaknya. Dengan jumlah mereka yang ramai menonton teater ini penuh perhatian hingga menghasilkan mutu persembahan yang baik pada pelakon berbanding dengan sebelumnya yang hanya didatangi seramai tak sampai tujuh puluh orang untuk persembahan dua malam.  Bagi aku teater yang tiada langsung unsur komidi ini mungkin akan meresahkan mereka, tetapi  jangkaan aku meleset sama sekali.

Selepas menonton, pada petang itu diadakan sesi dialog bersama dengan tenaga produksi. Pengarah telah menerangkan serba sedikit tentang persembahan ini dan mengucahkan tahniah kerana menonton dengan penuh perhatian.  Apabila  sesi soal jawab bermula, pelabagai soalan telah timbul daripada soalan yang biasa kita dengan seperti apakah mesej, tema sehinggalah timbul soalan yang cuba memerangkap untuk pengarah menceritakan kenapa dan mengapa beliau mempersembahkan cerita ini.  Tak boleh tidak pengarah sedikit sebanyak membuat penerangan secara sepintas lalu sahaja berhubung kait dengan kedudukan Institusi di Raja dan Kedudukan Raja di negara ini.

Cendiakawan dan Ilmuan Teater yang berhampiran mungkin seadang leka disini.

Bagi aku ini menunjukan satu petanda generasi penerus akan datang, mampu membuat penilaian dan penafsiran walaupun sesuatu karya itu dipersembahkan di dalam bentuk abstrak. Aku kagum mereka tidak banyak belajar tentang falsafah seni dan belajar hanya melalui subjek KOMSAS yang banyak berkisar tentang teknik karya secara struktur tetapi telah berjaya menerangkan refleksi karya. Mereka hebat.

Aku nak tengok pula persembahan pada malam 14 dan 15 Januari ini, dengarnya ada ramai Y.B yang nak mai, dan  nak tunggu juga Cendikiawan dan Ilmuan Teater berhampiran datang tak, atau masih bermesyuarat kat keadai kopi tu.

Tuesday, January 11, 2011

BETA GUNDAH GULANA

BETA GUNDAH GULANA: karya dan arahan Dato'Prof.Em. Mohammed Ghouse.
Poster: Jai Ashraf.


Teater ini pernah dipersembahkan pada 4 dan 5 Disember 2010 lalu ditempat yang sama. Pada kali ini ia dipersembahkan sekali lagi sebagi membuka tirai persembahan teater bagi tahun 2011. Nama Mohammed Ghouse seorang Pensyarah di Pusat Pengajian Seni USM, memang tidak asing lagi bukan sahaja di dalam negara malah telah melebar disekeliling planet bumi. Bagi penggiat teater tanah air daripada yang bergelar Dato' sehingga yang bergelar Encik, Puan dan Cik  beliau boleh dianggap sebagai Bapa dan Guru kepada mereka. Beliau memang amat berjasa dan berjaya melahirkan tokoh-tokoh teater dan budaya tanah air. (Bukan bodek, tapi pandangan saya).

Beta Gundah Gulana, daripada tajuknya sudah tentu memberikan refleksi pada keadaan semasa (mungkin secara tidak langsung). terutama apa yang berlaku di negeri Selangor dan Perak. Perasaan Raja yang gundah gulana bukan sahaja diterjemahkan melalui dialog yang berbentuk pantun, malah dijelmakan juga melaui warna, aras pentas, setting disamping iringan muzik tradisional ala mak yong secara live.  Untuk mendapatkan keseronokan menonton persembahan penonton perlu sentiasa bersedia mebina kesatuan makna yang dijelmakan oleh imej-imej tersebut. Selamat menonton.

Mereka Senang Aku Pun Senang

Dalam rangka lawatan kami ke Sekolah Tinggi Seni Indonesia (Bandung) pada 6 Januari 2011, bertemu dengan  Rektor dan Ketua-Ketua Bahagian Akademik dan Pentadbiran, aku amat berbangga sekali di dalam pertemuan itu mereka kerap menggunakan perkataan Malaya. Rasanya bukan mereka tidak tahu kami dari Malaysia, tapi mereka lebih senang mengatakan Malaya. Beberapa persoalan telah timbul dalam kepala ku, mungkin:

1. Mereka masih tidak mahu mengaku kalah kepada pasukan bolasepak Harimau Malaya. (Demam bolasepak AFF masih belum kebah lagi bagi mereka).

2. Apabila timbul nama Malaysia pada 1963 maka bermulalah konfrantasi antara Malaysia dan Indonesia (GANYANG MALAYSIA).

Bagi pandangan aku, kemungkinan no 2 itu lebih bermakna.  Sewaktu Tanah Melayu bernama MALAYA hubungan antara dua negara amat akrab, begitu juga pengaruh Indonesia amat kuat sekali hingga memberikan inspirasi yang ketara di dalam dunia Kesusasteraan.  Malah semangat nasionalisme juga mendapat suntikan dari Indonesia hingga negara Malaya merdeka pada tahun 1957. Kerana nama Malaysia hingga hari ini kita masih lagi berkonfrantasi, walaupun secara kulitnya tidak.  Seolah-olah seperti gunung berapi yang aktif hanya tunggu masa untuk meletus.

Kawah Domas 1.2 km dari Tangkuban Perahu.
 Moga-moga biarlah gunung berapi sentiasa aktif sehingga hari kiamat dan janganlah meletus. Jika meletus banyak jiwa akan terkorban.

Saturday, January 1, 2011

HARIMAU MALAYA ATAU HARIMAU MALAYSIA

                                                              HARI MAU MALAYA
1 januari 2011 atau ringkas hari ini  1.1.11. Nombor satu adalah Sinonim dengan Pucuk Pemerintahan, kalau dilihat dari segi numerologi nombor satu ini ada maknanya tersendiri, positive dan negative. (Lihatlah Tok Nujum Google dalam mencari maknanya). 2010 telah melabuhkan tirai dengan kejayaan Malaysia Mengenggam trofi  AFF Suzuki Cup, yang dulu dikenali namanya TIGER. Tahniah untuk pasukan Malaysia.

Di mana kekutannya hingga dapat meletakan no 1 di Asia Tenggara.  Kekuatan tentu sekali didapati setelah kita kenal pada kelemahan. (ini banyak diceritakan oleh pakar motivasi). Apa yang dipastikan pada PANDANGAN SAYA ialah meletakan nama HARIMAU MALAYA sebagai pencetusan dan pembakar semangat untuk Rakyat dan juga Pasukan.  Malang sungguh bila dah berjaya adapula pihak yang nak tukar pada nama HARIMAU MALAYSIA.

Pandangan Saya, kekalkan nama HARIMAU MALAYA, Kalau Harimau Malaysia ada kelemahan dalam menyebutnya terutama mereka yang berlidah pendek tak pandai sebut SSSSSS.  AYUH HIDUPKAN NAMA HARIMAU MALAYA.